Khamis, 14 September 2017

Penat la tengok bil elektrik tinggi gini !

Bil elektrik datang lagi. Aduh.... Wife tengok aku. Dia pandang aku punya charger.. plug plug yang aku selalu guna ! Huhuhuh.. Aku kah yang bersalah ?? Hahahaha.. Adeh... Aku pon jimat abis dah ni. Bukan salah aku ni. Mesti ada kat mana mana 'kebocoran' elektrik berlaku ni !
Kononnya laaaa ! Huhhhh...
Tapi kan.. aku rasa elektrik yang mengalir ni macam air gak la.. Mesti ada mana mana 'paip' besar yang melepaskan arus yang tinggi tapi penggunaannya kecil jer ! Tu logik aku la.. hahaha... Kan ? Haa... Kalau mentol , tukar kepada watt lebih kecil kan ? Tapi pencahayaannya agak turun juga la , kan ?
Ni bil aku bulan ni.. memang garu kepala la.. Bulan lepas lebih kurang jer..
Dikatakan antara puncanya...aku punya semua tu !

Bil bulan ni.. hampir ketuk dahi tengok... tiap bulan ketuk dahi dah pon sebenarnya. 
Tapi kali ni , aku tak sempat sebab ada kawan private message aku. Dia tanya aku samada berminat tak untuk mengurangkan bil elektrik di rumah aku ? Giler ke apa tak nak ? Hahahaha.. Tentulah nak woooo... 
Aku tanya dia camna ? Dia kata aku kena pasang satu alat. Soalan seterusnya , apakah TNB tak kacau nanti ? Dia jawab TAK PON. Team mereka dah tanya pon pada pihak terbabit dan menda ni bukan semalam baru beroperasi.. dah bertahun.. sejak 2007 lagi katanya. 
Aku senyum. Kalau gitu , ok la. Pastinya ini satu berita baik buat wife aku.. Heee... Yelah , dia yang bayar bil... hahahha... Aku tanya dia , produk apa ?
i-POWER  - " Alat penjimatan tenaga berteknologi tinggi ini dicipta khusus untuk kawasan yang menerima bekalan voltan 200V - 240V. Ia boleh meningkatkan Faktor Kuasa (Pf ) semua perkakasan rumah anda dan mampu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik " .
Aku kata OK JER. Dan set masa.. dia datang bawa produk dan buat pemasangan. Tak susah pon nak pasang kalau orang tu ada kemahiran serta pengalaman dalam bidang elektrik. Ikut je arahan. Tapi nak selamat , guna la yang pakar !


Dan pemasangan dibuat serta-merta. Jangan tunggu lama lama...
Dalam setengah jam , siap !
Alhamdulillah.. Makanya tunggu la dua tiga bulan untuk nampak keberkesanannya... Yer , agak lama sedikit sebab nak stabilkan voltage penggunaan. Kemudian baru nampak pengurangannya.. Gitulah aku difahamkan. InshaAllah. Tapi jangan la pulak , pasang je menda ni terus upkan lagi penggunaan elektrik cam tambah aircond dan sebagainya.. pastu kata tak kurang tapi makin up ! Eh ??? Jangan ukur gitu.. Memang la tak nampak pengurangan malah penambahan..
Ok... kalau korang tak confident , tak pe.. aku tak suruh pon korang beli ! Hahahaha.. Aku cerita yang aku pasang dah ! Pastu bila berjaya dan ada pengurangan sekitar 20-50% , aku bagitau lain eh ? Confirm aku cerita di dalam blog ni gak ! Aku kan mat kepoh.. hahaha.. 
Harga i-Power ialah RM805.60. Kalau jadi member , dapat murah lagi katanya. Harga tak termasuk pemasangan yer.. Kalau nak tau dengan lebih lanjut , sila :
Whatsapp /Call  : 0172182999 / 012-4338082

Ok.. kepada pembeli i-POWER melalui aku ni , korang berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang mana hadiah utamanya ialah percutian ke Resort Air Panas, selama 3 hari 2 malam ! Bagaimana caranya ? Mudah jer pon... :

  1. LIKE Facebook ILHAM PINTAR RESOURCES
  2. REPOST mana mana posting berkenaan i-POWER
  3. Tulis caption yang menarik kemudian sila guna 2 hastag berikut
    • #ilhampintar
    • #iPintar
Mudah je pon kan ? Ok.... Tu je la... Berkenaan dengan i-POWER , aku akan kembali lagi selepas 2 bulan bersama keputusan selepas penggunaan. Bagi yang nak bertanya mengenai produk ni atau nak juga pasang tanpa tunggu aku punya result atas sebab percaya pada testimoni , boleh whatsapp ke kedua dua nombor berikut : 0173182999 / 012-4338082


Tak cuba , tak tau kan ? Sekurang-kurangnya ada gak usaha dari tengok bil tu terus melambung. kan kan ?

Jangan la sombong dengan kanak-kanak !

Di IOI Mall semalam.. Bawak la anak anak aku gi sana semalam.. aku nak mencari barang untuk kegunaan trip ke New Zealand.. seperti baju tebal, stokin dan sebagainya. Sebelum mencari , makan pagi + tengahari dulu.. sementara orang tak ramai lagi.. tapi aku tak jangka ramai gak sebab tengah bulan , kan ? Heee..
Di sebuah restoran popular.. Hurm... Aku ni , pagi pagi gini memang sibuk sikit dengan telefon pintar. Sana sini orang mesej pasal kerja maka anak anak aku tu aku biarlah mereka buat kerja sendiri seperti bermain sesama mereka. Dan Aariz ni lak.. gemar jerit. Aku tak tau la mana dia belajar jerit kuat kuat. Zahra bergerak sana sini. 
Nak dijadikan cerita , dua dua anak aku ni... 'menegur' la ada 2 lelaki berusia yang dok bersembang dari awal kitorang ada kat situ lagi. Mesti bisnes juta juta. Serius je muka. Budak budak ni tengok pon jeling hujung mata.. Amboiiii.. sombong aihhh ! Sekurang kurangnya , pandang dan lemparkan sedikit senyuman ! Tau la awak berkerjaya besar ! 
Aku geram sebenarnya. Dah terbayang babak babak menhayun kerusi ketika tu tapi aku istighfar. Aku tak nak tengok anak aku membesar di sebalik tirai besi ! Sabar dan sabar. Aku bagi telefon pintar aku pada Zahra. Dia terus diam. Aariz , aku dukung dia dan bawak gi jalan jalan. Kasi wife abiskan makan dia dulu.. giliran aku makan selepas dia. 
Buat rakan rakan pembaca.. kita jangan sombong dengan mana mana kanak kanak sekali pon. Cubalah senyum andai disapa mereka.. InshaAllah hari anda akan ceria. 
Tak pe Aariz.. nanti besar jangan buat cam tu tak walaupun kita dah kaya. 

Tumit kaki pecah ? Camana nak travel camni ??

Lagi beberapa hari jer lagi nak berjalan jauh. Dengan cuaca dijangka sejuk sejuk gitu.. Al maklumlah , tak pernah lagi tempat sejuk cam New Zealand ni.. setakat ni ! Heee.. Masa gi Paris pon tak sejuk tahap gigil. Tapi bagi aku sejuk dah.. sampaikan mat salleh kat sana pelik tengok aku.. Siap tanya aku.. Sejuk ke ? Hahahahaha.. Aku sengih.. Alaa , bila lagi nak bergaya sejuk di negara orang kan ? 
Sejuk tu ok je bagi aku tapi masalah utama ialah.. tumit kaki aku ni ! Haaa... Perubahan cuaca akan memudaratkan lagi bahagian tumit kaki aku ni. Bila pecah pecah gini , nak pijak lantai pon pedih woo... terutama bahagian jari kaki tu. 
Faktor usia dan gangguan hormon pun memainkan peranan gak pada berlakunya masalah ni.. tumit pecah maksud aku. 

Buruk woo.. nasib baik pakai kasut kalau kasut tumit tinggi ? Orang tengok pun malu weh !
Pedih ok ! 
Dulu ok dah.. pastu jadi balik. Sebab apa ? Yer... aku berlari atas treadmill tak pakai kasut sukan. Sekali dua tak pe la.. tapi dah buat berkali kali... tapak kaki mula rosak la.. di tambah dengan lantai rumah yang sejuk gitu.. tak pakai sandal , menambahkan lagi masalah aku tu ! Segalanya disebabkan MALAS ! Hehehe.. Kalau rajin , tak jadi la masalah ni ! 
Ok.. bagi menyelesaikan masalah aku ni , aku gunakan ADVANCED MOISTURE THERAPY CREAM oleh Cosmoderm. Wife aku yang syorkan sebab dia selalu guna sapu di siku dan tapak tangan dia. Aku dia suruh pakai di tumit kaki. 
Mudah je nak guna :  Sapukan krim di tumit yang merekah dan tangan kering
Apakah berkesan ? Ok... Kesan fizikalnya bukanlah boleh nampak sehari dua tapi boleh rasa. Kalau sebelum ni pedih atau kasar jer.. boleh rasa perbezaan selepas guna beberapa hari. Macam aku , bila aku dah sapu ADVANCED MOISTURE THERAPY CREAM ni , aku akan pakai stokin. Yelah , kang nak berjalan sana sini dalam rumah.. hilang lak krim tu kan ? Haaa.. Kalau nak keluar g mana mana pun , aku buat gitu gak.. 
Ok.. memandangkan aku nak g travel bersama sama rakan nanti.. maka aku order set Travel Pack ! Aku kena bersedia di sana ! 

Satu set RM60 
1. Vitamin E Cream 3,000iu (50ML) - Melembapkan kulit wajah yang kering dan tidak selesa dalam keadaan cuaca panas terik atau dingin. 
2. Tea Tree Oil Magic Body Lotion (60ML) - Memberikan kesegaran dan meredakan kegatalan kulit akibat cuaca panas kering atau dingin. 
3. Advanced Moisture Therapy Cream (50ML) - Memulihkan tumit kaki yang merekah dan meredakan kepedihan. 
4. Vanity's Favourite Deep Heat Lotion (100ML) - PERCUMA - Melegakan otot-otot yang lenguh akibat berjalan jauh.
Kat mana nak beli eh ? Selain beli secara online iaitu di web Cosmoderm , produk Cosmoderm juga boleh di dapati di farmasi-farmasi terpilih seperti Guardian , Watson , Wellness , Caring , VitaCare dan banyak lagi... 
Logo baru Cosmoderm

Jangan lupa follow COSMODERM untuk melihat aktiviti terkini serta pengumuman potongan harga di :
Facebook :  https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm/
Sebarang pertanyaan mengenai produk , boleh hubungi di : 016 2104287




Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI