Sabtu, 16 September 2017

Kembali ke gym..

Ok.. cuti dah abis ! Nak tak nak , kena masuk gym balik. Sebelum sakit datang , aku kena cegah dulu. Makan banyak tapi bersenam tarak ! Ini dah tak betul. Kesihatan kena jaga , kan ? Haaa... Aku lak , usia dah cecah 40 tahun gitu. Walaupun kelihatan seperti 20an , aku tetap kena ingat.. dalaman tu dah macam macam signal kasi tau ! 
Tapi.. tapi.. hehehe.. nak masuk gym ni , main kosong cam boring la pulak kan ? Aku dah terbiasa dari dulu.. kena ada suplliment ! Haaa... baru bertambah tenaga ! Kalau tak , nak angkat besi pun mengantuk jer rasanya.. huhuh.. 
Hurm.. banyak nak kena touch up ni ! Leher pun dah naik berlemak. Ini tak patut berlaku sama sekali !

Tapi rasanya aku dah tau apa aku nak beli nanti ! Ada satu produk 'susu' yang halal di pasaran. Memang top dah produk tu... Ada siap fat burner dalam tu. Terpaksa amik gak ada fat burner sebab metabolisme aku dah turun sejak kebelakangan ni. Huhu.. ini dapat dilihat dengan terkumpulnya lemak di bahagian feveret yakni perut ! Adehhh.. 
Apa nama produk tu ??? Tunggguuuuu aku guna dulu eh.. heheeee..

Pemandu kereta ini baik orangnya tapi lihatlah apa yang terjadi pada keretanya !

Hahahaha.. aku teringin sangat nak tulis tajuk begini ! Hahahahaa.. Bukan apa , kebelakangan ni kalau aku tengok di Explore Feed Facebook , banyak blog blog 'viral' yang menulis tajuk gempak tapi bila baca hampeh jer ! Ada pulak tu tak kisah bab dosa pahala.. haaa.. asalkan dapat trafik ! Huhhh..
Ok.. cerita aku pagi ni. Aku tak tau la apa yang berlaku sebenarnya atau apakah semalam adalah hari kebesaran untuk kereta kereta tertentu ? Mungkin semalam adalah HARI PARKING SENGET SEDUNIA ? Kenapa ? Dalam satu baris tempat letak kereta tu , ada la 2-3 bijik tak silap aku.. kereta yg di letakkan dengan cara menyenget ! Aku terkedu melihatnya. Ini berlaku di dalam kawasan perumahan yang ramai penduduknya.. ye ! Aku sempat snap dua keping jer. 

Maaflah.. aku bukan nak ajak mengumpat berjemaah tapi sekadar nak ajak rakan pembaca lebih prihatin di masa akan datang. Bila parking gini , kita akan menyusahkan orang lain. Nak bukak pintu payah. Kang dia hentam kereta kita , kemek... haaa  ! Tau marah pulak kita kan ? 
Aku beranggapan mungkin pemandu kereta ni dalam keadaan terdesak sehingga sanggup parking keretanya begini. Sakit perut atau sakit kepala mungkin ? Atau paling tidak pun dia tertinggal cermin matanya di pejabat. 
Mintak leh  prihatin ye kawan kawan.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI