Ahad, 17 September 2017

Bawa anak anak ke Farm In The City

Best ! Anak anak pasti enjoy bila berada di sini. Dengan suasana semulajadinya , pasti membuatkan membuatkan sesiapa saja berada di sini , teruja dan turut sama mengambil bahagian apa saja aktiviti yang ada di Farm In The City.
Terletak di Bandar Putra Permai ,Seri Kembangan ini , Farm In The City mengenakan bayaran berpatutan pada setiap pengunjungnya. Bagi warganegara yang mempunyai MyKad , hanya RM32 seorang dan kanak-kanak pula cuma RM27. Bagi yang tiada MyKad , RM48 bagi dewasa dan kanak-kanak ialah RM38. Ok je la kan ?  Haaa.. Buka setiap hari kecuali Selasa melainkan cuti sekolah bermula dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang. 

Tak susah pon nak ke sini. Kalau Waze , confirm jumpa. Hanya 20 minit dari Kuala Lumpur je pon. Apa yang menarik di sini ? Ok.. ada banyak bahagian atau sektor di sini. Ada Tortoise & Tutle Farm , Reptile Cavern , Bird Aviary , Savannah , Pet Village , Jungle Walk , Twilight Creatures , Exhibition Hall , Kampong Mahmood , dan Vegetable & Fruit Farm. Program-program khas useperti Educations Tours , Internship Programmes , Free & Easy , CSR Event , Product Launch , Volunteers juga boleh dibuat di sini.
Secara jujurnya... korang akan hilang stress bila berada di sini.. Boleh join aktiviti seperti Longkang Fishing , Pony Ride , Raccoon Feeding dan banyak lagi ! Tahap kebersihan , tip top ! Qhaliff dan adik adiknya, tak kena gigit nyamuk langsung ! Haaaa... Sesungguhnya tempat ni memang terjaga. Maka , jangan berkira la bab harga tiket tu. 







Menarik kan ? Banyak lagi gambar tapi.. aku biarkan rahsia ! Hahahaha.. Apa lagi ? Bagi yang tak gi mana mana.. dan tak tau nak gi mana mana.. boleh bawak anak anak ke sini ! Belajar sambil bermain dengan alam semulajadi.. Satu kenangan manis akan terpahat buat mereka.. dan kita !

Artikal berkaitan : Baca Jom bawa anak anda ke KL Tower Mini Zoo !


Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI