Isnin, 18 September 2017

Main Monopoli Solat bersama..

Satu permainan yang bagus. Kebetulan, Ammar dan Ica datang umah lak , maka boleh main beramai ramai. Monopoli Solat ! Hurmm.. kena la si Ammar ni dah bijaksana..maka boleh la ajar si Qhaliff dan si kecik yang lain bermain.. Bagusnya , permainan ni dipantau oleh orang dewasa.. baru seronok.

Camana nak main ? Nak beli kat mana ? Berapa harga? Semua tu akan dijawab  dalam entri terbaru nanti. Jika ada sebarang pertanyaan , sila hubungi www.wasap.my/60136313037/ms

Kenapa nak salahkan mak bapak ??

Bila ada kes tak elok melibatkan anak anak , ramai menuding mak bapak tak ajar ! Aduhhhai.. Pastu cakap la mak bapak sibuk cari duit , anak kat rumah terabai ! Hurmm.. Sedapnya mulut tu berkata kata yer ??
Dalam Harian Metro hari ni..
Aku seorang anak dan juga seorang ayah kepada 3 orang anak. Mak bapak aku dah bagi aku pendidikan. Diorang dah bergolok gadai harta dan masa untuk membesarkan aku. Andai aku melakukan perkara perkara mungkar dan keji , apakah salah mereka lagi ? 
Tapi tak dinafikan la , ada jugak mak bapak yang bersalah.. tapi bukanlah semua. Camana sekali pun , kita ni jangan cepat menuding pada orang. Sama sama la bantu. Kita sedang berada di zaman yang cukup mencabar. Manusia semakin bijak tapi belum tentu dapat berfikir dengan waras. 
Aku sebagai seorang ayah.. terasa beban di zaman ni. Teringatkan kos membesarkan anak.. pembelajaran.. aduh ! Sememangnya aku kena bekerja keras. Nak tak nak.. begitulah hakikatnya ! MASA menjadi mangsa. Anak anak terasa diketepikan. Ayah dan ibu hanya mampu menangis di dalam hati... nak bayar yuran sana sini.. cukai lagi.. Nak mohon bantuan , bukanlah mudah. 
Si anak , perlu faham pengorbanan ibu bapa mereka. Hanya dengan memahami , barulah mereka dapat berfikir dengan matang seterusnya dapat mengelakkan dari melakukan kesalahan. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI