Sabtu, 23 September 2017

Semakin mencabar aku nak mengupdate blog !

Bukan takda idea tapi setiap kali buka laptop , akan ada yang datang.. Kalau tak Zahra , mesti Aariz. Bila diorang datang , nak tak nak , aku kena tutup laptop. Kalau tak , laptop HP Envy yang tak sampai usia setahun ni lagi , akan mengikut jejak langkah Acer aku... Zahra kasi lingkup ! 
Kekadang terfikir gak untuk bersara je dari dunia media sosial ni dan tumpu perhatian pada anak anak.. tapi risau gak mulut mulut sumbang bersuara... laki makan hasil bini ! Hurmmm.. Nak tak nak, aku kena 'bekerja' dari rumah gak ! 
Aku tak boleh dah macam dulu.. tidur lewat bangun awal..update blog di mana mana sebab kena fokus pada anak anak.. sedikit leka boleh mendatangkan kemalangan pada mereka... seperti berlaku pada Zahra beberapa bulan lepas ! 
Semangat blogging pon dah mula pudar namun kawan kawan tetap beri kekuatan.. Aku akan cuba dan terus mencuba. Sememangnya blogging ni minat aku tapi keluarga adalah segala-galanya.

Dah banyak karenah !

Makin panjang akal... makin ada je menda dalam kepala dia ! Pantang tengok pintu terbuka.. aku mengunyah.. dan sesuatu yang mengujakan dia.. maka berebutlah dengan aku ! Kalau tak dapat , meraung sekuat hari ! 



Minggu depan , aku akan rindukan keletah anak anak terutamanya Aariz yang sangat manja dengan aku. Hurmm... Entah bagaimana aku nak lalui hari hari tanpa mereka. Yelah , aku besarkan mereka dari hari pertama hingga sekarang.. mestilah perasaan rindu tu.. hurm... 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI