Isnin, 25 September 2017

Berakhirnya F1 di Malaysia ! Ada yang bersorak gembira..

Hurmm... satu lagi mercu tanda negara di mata dunia , 'dipadamkan' atas pelbagai alasan. Sayang sungguh.. 19 tahun , akhirnya berkubur ! Apakah akan kembali ? Masa akan menentukan. Bagi aku , kehilangan F1 di negara kita satu kerugian. Walaupun ada yang kata , F1 ni tak beri manfaat pada mereka apatah lagi negara.. 
Bagi aku , mereka tak nampak pon. Selagi mereka tak duduk dalam kerusi kereta F1 tu dan memandu dalam litar tu atau petrol percuma buat mereka gara gara keberhasilan penganjuran pertandingan F1 tu , mereka tidak akan berkata positif mengenai F1 ! 
Mungkin kita nampak , tak ramai boleh tonton secara langsung F1 ni sebab tiket mahal.. F1 ni untuk orang kaya kaya jer ! Dah tu , hotel hotel besar berbintang bintang tu , untuk orang miskin ke ? Bila ada pertandingan bertaraf dunia ni , maka ianya akan ada siaran langsung di seluruh dunia ! Seluruh dunia akan tertumpu pada MALAYSIA. Secara tidak langsung , akan membantu sektor pelancongan. 
Secara jujurnya , aku tak pernah jejakkan kaki ke Litar Sepang ni walaupun dah banyak kali dapat jemputan. Aku tak suka bunyi bising. Tapi penganjuran F1 di negara kita ni , aku sokong ! Sebab aku nampak kesannya postifnya.

Hehehe.. aku terlibat masa ni. Dan terasa bangga la bila dia join program MM2H ni.. hehehe... Tahun 2009. F1 ni , bukanlah seperti tanam kacang hijau.. campak je esok dah tumbuh.. 
Sekurangnya, dunia dah nampak MALAYSIA dari sudut positif... bukan macam sekarang !

Bersungguh mereka melaknat orang lain !

Hurm... makin hilang selera dengan dunia media sosialkah aku sebenarnya ? Bila terlihat posting posting yang kena dek mata mereka , akan adalah komen komen yang bukan saja negatif tetapi ada yang sampai memaki hamun seolah olah dia seorang insan terpuji gitu ! 
Kekadang aku rasa aku dah tak mampu nak baca semua ni.. Dunia media sosial semakin hilang serinya ! Kalau dulu , nak buat bisnis di media sosial ni , memang digalakkan sama sekali tetapi sekarang ni... baik meniaga depan umah je la. Tak kaya pon tak pe laaa ! Itu bisik hati aku... 
Aku tak la kata aku punya posting bagus bagus... tapi aku tak la komen kat status terbuka dengan id palsu kemudian memaki hamun ! Dia rasa dia tukar id , Allah tak kenal dia kot ? Heh ? Terasa diri macam Flash la eh ? Lepas komen , terus lari laju dan hilang ? Aduhhhh.. 
Pastu bila ada yang komen baik baik , kena cop ustaz ustazah Facebook ! Aduh.. dah tu nak macam mana ni ? Hehehe.. buat cam aku je.. Baca je la.. Kalau posting kawan tu , kita kenal.. kita pm dan bagitau la... cara baik ! Kalau tak kenal , nak tegur... boleh je tapi bersedia la.. Kalau orang tu matang , dia terima. Kalau tidak , memang siap la !
Aku pernah kena dulu.. sebelum ada blog. Aku tegur dia. Dia punya melenting , perghhh.. Pastu kawan kawan yang sekutu dengan dia , turut sokong dia ! Aku mampu senyum je la. Unfriend dan blocked terus. Sekurangnya , aku dah buat kerja aku. 
Nak komen tu ok jer. Tapi jangan la sampai melaknat orang tu. Kalau rasa nak memaki hamun , cuba pandang diri sendiri di cermin dulu. Kemudian fikir... sapa nak tanggung dosa tu ?

Mood bercuti semakin menurun...

Tenung muka anak anak..  Aariz lak , tak nak lepaskan aku. Pantang aku bukak pintu , dia menderu ikut sama. Qhaliff dan Zahra pon gitu gak. Nak tidur malam , mesti berkepit.. Macam tau tau aku nak tinggalkan diorang berhari hari.. 
Ikut hati aku , nak je aku batalkan. Nak je kasi kat sapa sapa ganti aku. Yer , sememangnya New Zealand antara tempat yang aku nak pergi sangat dari dulu.. tapi bersama sama keluarga ! Huhuh.. Tak pe la... aku pujuk hati... gi survey dulu.. Kalau sesuai untuk anak anak aku , akan aku kembali bersama mereka... 
Dua hari.. aku abiskan masa petang bersantai bersama mereka..
Pantas betul masa berlalu. Nak pergi , bercinta.. Dah sampai sana , macam tak nak balik ! Hahaha.. Dah balik , merindu pulak. Aduh.. macam macam la perangai manusia , kan ? Heeeee... Nanti anak anak nak masuk asrama lak ? Haa... acaner lak tu ? Heee.. takkan dilepaskan pergi ! 
Tapi bak kata orang tua tua .. sayangkan anak.. sambung la sendiri ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI