Selasa, 26 September 2017

Prihatin la skit kawan !

Tiba-tiba , sahabat lama aku hantar gambar melalui Whatsapp.
Hurm.. Lama sungguh katanya abang tu berdiri.  Aku tanya dia , mungkin dia terlepas pandang kot.. ada yang offer abang tu duduk.  Sebabnya kalau aku naik ngan Qhaliff atau Zahra, memang aku akan berdiri. Kasi yang lebih memerlukan duduk. Di Malaysia, memang ramai pengguna pengangkutan awam terdiri dari orang kurang upaya. Bukan cacat tau... Haaa.. Zaman ni , orang kurang upaya ada macam macam jenis. Antaranya wajib menelaah handphone , layan movie atau terlalu penat.. Mereka dah kurang upaya la tu kan ? Heeee.. Positif bak kata pelawak beli undi. 
Ok.. aku tak nak tuduh apa apa sebab aku tak berada di situ. Tapi kalau korang antara pengguna pengangkutan awam  seperti LRT , MRT dan sebagainya.. tolong prihatin skit la yer. Jangan leka belek handphone tu. Kalau rasa tau waktu tu waktu kemuncak dan korang terdiri dari insan insan sempurna dan fit , apa kata berdiri je la. Belum ada yang mati sebab berdiri terlalu lama dalam LRT dan sebagainya.. 
Dukung anak di situasi abang tu , serius sangat sangat penat.. lenguh ! Dan bayangkan , budak tu bukan berusia setahun dua.. Hurm... Otak tu , sesekali mau pakai skit. Kau , aku ... kita semua.. Prihatin yer.. 

Petrol naik ke turun , aku dah tak pedulik ! Aku dah ada alat ni !!

Nissan Grand Livina aku tu , fuhhhh... Nasib baik dah ada Bezza. Tapi aku suka pandu Livina lagi berbanding Bezza. Terpaksa la aku tutup mata bila isi petrol. Kalau isi penuh tangki , memang boleh buat telan air liur je la. Tu belum lagi datangnya hari Rabu... ' petrol naik ke turun ?'. Kalau  turun , aku tarik nafas lega.. Kalau naik ???? Aduhhh.. Memang aku banyak buang duit pada petrol ! Sebab ? Aku ulang alik Cheras - Sepang boleh dikatakan seminggu 3-4 kali. 
Ingat tak lagi aku punya entri yang aku pasang I-Power di rumah aku ? Alat yang dapat menstabilkan elektrik di rumah aku seterusnya dapat mengurangkan lagi bil elektrik bulanan aku ? Haaa... aku diberitahu ada alat untuk jimatkan petrol lak ! Aku tergaru kepala. Boleh percaya ke tak ??? Kawan tu tunjuk pada aku. Dia pasang pada kereta MPV dia. 
Hurm... dia offer aku untuk buat review. Ok , bagus ! Aku nak try. Kalau berkesan , aku cerita kat korang eh.. Kalau aku tak cerita tu , tandanya tak berkesan la yer ! Hehehehe... Tapi aku yakin berkesan ! Kenapa ??? Aku google.... 
Dan ini set aku. Hehehehe.. Aku nak pasang pada Bezza aku. Nak tau apa kesannya selepas ni. Apakah aku perlu isi petrol setiap hari ? Wife guna Bezza untuk gi kerja , antar Qhaliff gi tadika dan kemudian hantar aku serta Zahra dan Aariz ke rumah mak aku. Bayangkan berapa banyak petrol digunakan ! Tu belum lagi tol !!!! Nasib tak da alat untuk elakkan tol. Hahahaha.. 
Smart lak eh ? 

Apakah benar benar beri impak ? Dimana nak beli ? Berapa harga ? Tunggu entri aku akan dataang.. selepas aku gunakan dalam seminggu dua. Heee..
Kalau tak sabar nak tau mengenai I-Charge ni , sila Whatsapp /Call  : 0172182999 / 012-4338082 .

Persiapan terakhir...minit minit terakhir !

Semalam gi survey di Mid Valle nak tukar duit. Rate memang best la berbanding di Alamanda Putrajaya dan IOI Mall Putrajaya.  Tapi ATM lak wat hal. Tak nak terima kad aku. Tau laaa 'kandungan' semakin menghaus.. Huhuhu... Dan terpaksa  aku pergi balik hari ni. Dan rezeki hari ni... harga belian turun lagi berbanding semalam. Dan aku orang terawal dapat tukar. Tak perlu beratur panjang.. hehehe.. 
Bagi RM2200 , dapat cuma NZD 700 je. Hurm... Apa leh aku shopping kat sana eh ? Dihitung hitung , nak masuk ke tempat pelancongannya pon dah boleh bikin garu kepala !Hahahha.. Tak masuk rugi kan ? Haa.. kena butakan mata je laa jawabnya.
Pas tukar duit , gi jumpa seornag sahabat. Dia kasi Gaba Caffe...kopi kesihtan khas untuk lelaki ! Heee..Ada campuran Tongkat Ali dan Ginseng gitu... Dapat juga aku menyegarkan diri di sana nanti. Selesai.. aku gi shopping baju  kaki.. 
Nanti aku cerita kehebatan Gaba Cafe.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI