Rabu, 27 September 2017

Akhirnya wife tewas dengan aku !

Hehehehe.... Yesss ! Dia benarkan aku belikan Qhaliff dan Zahra , arnab. Qhaliff  dok mintak nak 'bunny , bunny' .. selepas balik dari Farm In The City  , baru baru ni. Adik perempuan aku lak tau mana nak dapat arnab tu.. huhu..
Suka betul dia kejar arnab tu.. tak pernah dia nak mintak bela binatang.. ni pertama kali.
Dan akhirnya... aku tunaikan hasratnya , dengan izin ibunya. Heee.. Dia tak tau lagi. Esok pasti dia akan teruja punya bila anak anak arnab ni dibawa pulang ke rumah dan aku , boleh la pergi ke New Zealand dengan tenang.. Diorang ada teman bermain di rumah nanti.. Tak la boring nanti.. huhu ..
Dua ekor.. comel. Baru berusia sebulan.
Sorang satu.. Aariz tak boleh lagi. Dia tak tau nak belai binatang lagi.. Dipijaknya nanti ada la ! Kan leh caya Aariz tu. Harap muka comel jer.. tapi penuh agenda tersembunyi.  Huhuh.. Masih buntu aku. Nak letak nama apa eh ?? Sepasang ni... Cadangan korang ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI