Isnin, 2 Oktober 2017

Kembara #KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS ke New Zealand : Jatuh cinta dengan RedWoods- Wakarewarewa Forest

Aku pernah beli satu perfume.. aku beli sebab si penjual tu kata bauan tu diambil dari pokok dan ianya memang sangat menenangkan aku ketika tu ! Terus aku beli.. harga pon sedap wooo. Dalam RM300++ gak la terbang. Sememangnya ketika tu aku amat inginkan bauan hutan yang sering kali memberikan ketenangan buat aku. 
Dan sebab itulah aku teringin sangat nak ke New Zealand dan Canada. Akhirnya , boss agensi pelancongan yang kitorang pilih , Ikhlas Tours sendiri bawak aku dan rakan rakan ke The RedWoods di Rotorua dan segalanya berubah di sini. Aku macam baru dikenalkan dengan awek paling cun di dunia dan terus nak ajak dia kawin ! Camtu la perasaan aku ketika tu ! Hahahahaha... Serius ok ! 

Hutan The Redwoods ni bukanlah hutan semulajadi yer.. Ada lebih 170 jenis pokok ditanam pada sekitar tahun 1900 tapi hanya beberapa jenis saja yang berjaya hidup hingga ke hari ni. Dan The Redwoods bukan saja sekadar hutan tetapi ianya tempat riadah antara yang popular di New Zealand ! Nak info lagi best ? Tiada langsung ular atau binatang merayap di sini !! Haa.. Kalau di negara kita, perghhh... seram wehh ! Tapi kat sini , korang boleh berbasikal , berjongging , merayau sana sini la dalam ni.. dan udaranya sangatlah nyaman ! 
Dan kerana The Redwoods inilah aku menanam azam untuk kembali ke sini dan menerokanya sekali lagi.. bersama keluarga aku sendiri ! InshaAllah.. Yer , aku dah jatuh cinta dengan The RedWoods... hutan yang memberi sejuta insiprasi untuk aku terus berjuang dalam dunia media sosial ! 
Untuk ke sini , tak susah pon. Guna je GPS. Dan aktiviti di sini bukan sebelah siang saja yer.. malam pun ada aktivitinya ! Haaa.. 

Ini gambar yang aku amik dalam web Redwoods. Aku tak sempat nak teroka bersama rakan rakan sebab kitorang mengejar masa. Sekadar beli beberapa cenderamata untuk yang tersayang dan 'mereka' .. hehehe.. 
Nak berjalan di trail atas pokok tu kena bayar.. bukan free tapi terus terang , kalau korang kat sini dah.. sila alami pengalaman ni ! Pasti takkan menyesal punya la.. Untuk cerita lebih lanjut mengenai The Redwoods ni , korang leh baca di https://redwoods.co.nz/ .

Pertama kali di New Zealand ! Ini nasihat aku buat korang..

SubhanaAllah... aku tak pernah impikan semua ni tapi inilah dinamakan rezeki Allah buat insan bernama Ben Ashaari ! Berkat kesungguhan aku membuat sesuatu yang aku yakin tanpa berbelah bagi , pelbagai kenikmatan yang aku rasa... Alhamdulillah.. 
Yang aku paling tak sangka, ialah melihat sendiri depan depan kecantikan air biru jernih di Huka Falls yang sebelum ni aku pernah tertonton di tv saja dan... menyentuh salji ! 

Aku tak kisah la orang nak kata apa pun... tapi aku fokus pada apa yang aku nak ! Apa yang ingin aku capai dalam kehidupan ni. Kalau layan mulut orang , apa pun takkan aku capai ! Maka ini nasihat aku.. buat je apa yang korang minat , suka dan yakin tanpa jemu. Senyum je pada mereka yang senyum sengih dan senantiasa berusaha menjatuhkan semangat kita. Bagitau mereka perancangan mereka.. dan mereka pasti akan menanti kegagalan tersebut.. dan jika kita berjaya , mereka akan tertunduk malu ! 
Tapi jangan kita perli mereka.. kita ajak mereka join kita.. sama sama menuju kejayaan ! Kan kan ?

Displinkan anak anak kita !

Kes terbaru yang aku baca viral di Facebook 2-3 hari ni , sebenarnya banyak berlaku di kalangan kita.  Yer,  termasuk aku sekali ! Untuk mengawal serta mendisiplinkan anak anak aku ni , bukanlah susah sebenarnya tapi disebabkan mereka tau aku sayangkan mereka , maka mereka amik kesempatan ke atas aku ! Hahahaha.. 
Aku garang sebenarnya. Sangat. Wife pun takut kalau aku naik angin. Tapi takda la sampai anak tu kena belasah pon. Kalau di New Zealand , ke penjara dah aku. Hahahaha.. Tak dinafikan , anak anak aku terutamanya Qhaliff dan Zahra bila berada di restoran , memang payah nak duduk diam. Nak makan pon payah. Dalam kepala mereka nak bermain jer ! 
Tapi ada cara nak diamkan mereka.. bagi je handphone , terus duduk diam ! Tapi bila aku buat gitu , ada yang akan jeling serta akan ada pakar psikologi memberikan pendapat ! Ok , fine.. aku tau ! Bukan aku tak tau baik buruknya menda alah tu tapi setakat ni , anak anak aku tak lagi meroyan kalau tak dapat main pon. Diorang ok jer.. Cuma kena kawal je la.



Apa yang aku buat bila nak gi makan kat restoran restoran sibuk ni ? Mudah jer.. aku bergilir dengan wife. Aku makan dulu ( sebab aku makan laju ) dan dia jaga anak. Pastu giliran dia. Kalau wife nak makan dengan tenang.. aku akan bawa anak anak terus ke kereta atau bermain di luar restoran ! 
Jika mereka waktu tu terlalu aktif.. maka batalkan je hasrat makan di situ ! Hurmm.. aku ada restoran kegemaran yang aku yang aku sering pergi  yang  anak anak aku serta pekerjanya selesa dengan budak budak berlari sana sini serta mereka pun senantiasa alert dengan budak budak ni.. bukan anak aku je yer.. Dan paling penting , elakkan pergi waktu sibuk ! Nak tak nak , terpaksa. 
Yang penting , jangan biarkan mereka.. dan kita makan tak ingat dunia ! Jika berlaku kecelakaan , jangan disalahkan orang lain ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI