Ahad, 8 Oktober 2017

Aku terpaksa berhenti kerja demi..

Teringat lagi kisah aku... 5 tahun lepas. Aku ditanya oleh orang besar di sebuah kementerian. Sentap beb ! Setelah bertahun lamanya aku menabur bakti.. dah la tak pernah dapat diari tahunan ! Hahahaha... Katanya aku pun staff kementerian tapi bila part diari , hanya untuk kakitangan tetap jer ! Kontrak cam aku... krik krik jer ! Amboi.. part kena maki dengan boss , tetap ke , kontrak ke.. kongsi bersama kot ?? 
Bila aku ditanya begitu , aku tahu.. aku tak diperlukan dah di situ.Ditambah lagi dengan pemotongan gaji yang membuatkan aku sama je level dengan staff baru masuk , aku rasa dah tiba masa aku keluar dari situ walaupun ramai membantah ! Mengharapkan pengumuman yang staff kontrak diserap jadi tetap ? Hahahaha.. idok ler kawan ! Bersepah lagi rezeki di luar sana. 
Yer.. aku dah kawin masa tu dan keputusan yang dibuat bukanlah mudah kerana nak mencari kerja ketika tu, memang payah la.. Ditambah lagi dengan orang rumah baru mengandung , maka aku buat keputusan.. aku nak jadi suri rumah sepenuh masa.. jer !
Tak sanggup aku !
Alhamdulillah... keputusan aku keluar dari situ bersama pengalaman pengalaman serta ilmu dari rakan sekerja memberi aku kekuatan untuk melakukan sesuatu yang aku teringin lama dah.. yang mana sebenarnya itulah cita cita aku.. aku nak jadi penulis ! 
Dan sekarang.. 3 orang dah anak aku ! Aku jaga sendiri.. dan aku masih lagi bergelar suri rumah... di samping mencari rezeki secara kecil kecilan melalui blog.. Tak kaya tak pe , janji hati bahagia dan mampu membantu insan lain juga.. tu yang penting ! 
Hurmmm.. yang paling best , aku dapat ke negara orang sekarang ni ! Dulu , bila dapat je tawaran , ada je 'insan insan' membangkang dan mempersoalkan.. kenapa aku terpilih ? Sekarang.. aku yang memilih !
Berhijrah ni.. satu pengorbanan.. Dari kita terus di satu sudut tanpa berkembang.. lebih baik berhijrah keluar.. sapa tau , rupa rupanya kita mampu jadi gergasi ?
Jangan takut.. Bumi Allah ni luas dengan rezekiNya. 

Baru nak 'recover' !

Di New Zealand ari tu , aku cuma dapat tidur sejam dua jer.. Apakah sebab faktor perubahan masa ? Aku pun tak pasti sebenarnya... tapi yang pasti , bila balik Malaysia , aku giler giler punya mengantuk ! Waktu tengah memandu pun , mata macam diseru seru suruh tidur ! Terpaksa berhenti tepi seketika... tidur jap ! Bayangkan dari rumah aku nak gi amik Qhaliff pon , aku terpaksa berenti jap tidur ! Aduhh... 
Setelah beberapa hari berlalu.. aku masih lagi mengantuk. Hahahaha.. Tapi bagus gak sebenarnya. Baru kepala otak aku ni kembali segar. Nak update blog pon ada la gak idea berbanding sebelum ni. Korang leh tengok sendiri kat entri entri lepas.. pendek je ceritanya. Tu la kesannya ! 
Aku ni jenis mudah tidur sebenarnya.. tapi disebabkan ada banyak jer , maka tidur aku selalu singkat jer. Tak bagus untuk kesihatan. Tapi sapa nak tolong aku buat kerja ? Huhuh.. cari pembantu ? Hurmm.. Zaman ni , pembantu ada tu bagus.. tapi selepas diorang dapat ilmu , diorang cabut.. bukak 'company' sendiri. Aku gak terkulat kulat ! Hehehehe.. 
Tak pe la.. yang penting aku dah recover. InshaAllah , akan kembali normal !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI