Isnin, 9 Oktober 2017

Cikgu dan anak murid kesayangan..

Hari ni , bermula ujian peperiksaan penting buat insan insan terpilih. Semoga berjaya. Aku tak nak bicara pasal tu. Apa yang aku nak bicarakan di sini ialah Cikgu dan anak murid kesayangannya. Hurm.. 
11 tahun bergelar pelajar sekolah pastu sambung belajar dan kemudian berpengalaman mengajar di sekolah rendah seterusnya mempunya anak yang bersekolah... aku lihat perkara yang sama dari dulu hingga sekarang.. Akan ada anak murid kesayangan guru !  
Aku pernah lihat sendiri camana seorang guru 'melindungi' anak murid emasnya. Aku mampu geleng kepala jer. Apakah itu sepatutnya sikap seorang guru yang membeza-bezakan anak murid mereka ? Tau tak kesan psikologi pada murid murid yang lain ? 
Fokus ! 
Pengalaman aku mengajar dulu dah cukup dah.. Pening ! Semua berusaha nak menangi cikgu. Bila cikgu 'tertawan' maka dia akan selamat dari kena soal , kena marah dan sebagainya.. Dapat imuniti la kiranya ! 
Apakah ini patut berlaku ? Di zaman pendidikan yang dah berfikiran aras tinggi , tapi masih ada cikgu cikgu yang mempunyai anak murid kesayangan ! Sian murid murid lain. Semangat mereka nak ke sekolah pun dah kurang. Cikgu perlu lebih bijak menangani isu isu begini. Kawal skit perasaan tu. Jangan membeza bezakan anak murid. Layan sama rata.. 
Ikhlas bila mendidik.. amanah bila mengajar.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI