Selasa, 10 Oktober 2017

Minta prhihatin sikit wahai mak bapak dan guru-guru..

Awal pagi... memandu dari Sepang ke Cheras , cuaca cantik. Alhamdulillah. Masuk Cheras , kelihatan jalan basah. Dan mula sesak terutama depan sekolah di Tasik Permaisuri. Aku bagi signal nak masuk ke kiri memandangkan jalan kanan semua sedang queue nak buat U-Turn. Signal dah diberi... hampir 2 minit gak la menanti kereta kasi ruang.. Lalu sebuah motorsikal... siap hon lagi ! Ek eleeeeee... Aku pandang motor tu.. sapa la yang bawak tu gamaknya ! Sekali kauuuu... budak sekolah menengah ! Helmet pon tak pakai ! Aduhaiiiii...
Handphone yang berada dalam mode kamera... nak je snap dan viralkan ! Tapi tak pe laa... 
Pastu teruskan perjalanan ke rumah mak aku. Di satu simpang, aku nak masuk ke kanan.. ada sebiji motosikal nak keluar simpang dengan meluru. Tapi dia sempat brek ! Aku pandang... Ada dua orang anaknya di belakang.. semua tak pakai helmet ! Aduhhhh.. jangan begitu dong ! Bahaya !! Tangan ni ringan je nak snap amik gambar.. Tapi tak pe la.. tak perlu aibkan orang.
Yer... mungkin dia tak berkemampuan tapi pakailah helmet ! Sian anak anak tu kalau berlaku kemalangan... Jangan pentingkan diri sangat la kawan. Ingat orang tersayang.. Dan mintak la cikgu cikgu di sekolah , hari hari nasihatkan bab ni ! Kalau murid tak pakai helmet , tahan motor. amik kunci.. Call mak bapak diorang ! Kasi nasihat sikit. Kalau mak bapak bising lak , call je polis ! Abis cerita ! Jangan tunggu ada yang mati.. baru mintak buat tindakan. 
Hurm.. diorang ni kena gi melawat New Zealand kot.. baru tau camana ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI