Rabu, 11 Oktober 2017

Lunch dan dinner sedap di Restoran Cheese Banjir , Desa Pandan

Lama dah aku usha Facebook mamat ni ! Dia dok gambar makanan yang bisa bikin air liur aku meleleh dengan lajunya turun mencecah ke lantai rumah ! Aduhhhh.. Kok bisa aku hack jugak FB dia dan delete semua gambar ! Mana boleh jadi giniiii !
Aku pun gi la ke Desa Pandan. Terletak di G Village , sebelah dengan Shell Out , Restoran Cheese Banjir kelihatan seperti restoran biasa biasa aja bagi aku ! Simple.. apakah makanannya juga sesimple itu ? Ok...jom tengok ! Apa yang aku order di sana ??? Semestinya makanan pilihan utama Cheese Banjir !
Berkonsepkan SuperHeroes , semua menu mereka berkaitan dengan nama nama hero yang terkenal. Hiasan dalaman , masih dalam proses lagi. Maka aku fokus pada makanan dulu... 

1. Lamb Grill The Hulk ( RM40 )
Signature Restoran Cheese Banjir. Mahal ? Jangan risau... anda boleh berkongsi 3 orang untuk satu menu ini ! Aku sendiri tak mampu abiskan walaupun aku kelaparan ketika menjamu selera ! Dan ternyata ianya menepati selera aku. Cheesenya pun sedap. Ada rasa pedas juga. Ditambah dengan ada spegetti dan sayur , menu ini dah memadai bagi aku jika aku datang makan seorang , selepas putus cinta !

2. Udang Gorgon (RM30 )
Makan panas panas kat situ , berbaloi ! Size besar.. 4 orang leh makan sekali harung. Maka soal harga tak perlu gusar.. Memang tujuan untuk makan berjemaah ! Hahahahah.. Boleh ajak aku kalau segan nak makan sorang sorang yer.. hehehe..

3 Ikan Merah Starlord (RM20 )

Yang ni kan , aku tapau bawak balik umah. Dia punya bauuuuuuuuuu.. hahahaha.. tak sampai hati makan sorang sorang kat situ. Teringat mak dan wife kat rumah. Boleh makan bersama.. aku pun leh join sama. hehehehe..
Dan di rumah... perghhhhh ! Giler punya berapi ! Tapi tetap nak makan dan makan sehingga selesai. Pastu berasap telinga. Puashati woiiii ! Hahahaha...

Lain- lain makanan.


Air Minuman 


Keseluruhan , bagi aku Restoran Cheese Banjir ni seperti yang diviralkan... berbaloi ! Mahal ? Bagi aku harganya sepadan dengan makanan. Tak perlu rasa tertipu. Kalau rasa tak puashati , panggil manager jer ! Hahahaha.. Bagitau apa tak kena. Diorang ok jer.. Tak perlu nak marah marah tauuuu..

Maklumat lanjut , boleh tengok Facebook Restoran Cheese Banjir. Jom gi makan beramai ramai ! Hahahaha.. 

23 tahun aku meninggalkannya. Rupanya di sini novelis terkenal , Anis Ayuni !

Terasa sayu sejenak. Terbayang saat saat suka duka aku belajar dan membesar di sekolah ni. Segalanya diflashback dengan pantas... Dari usia 13 hingga 17 tahun..  dari tingkatan 1 hingga 5 , aku di sekolah ni. 
Pada awalnya aku ditempatkan di sekolah ni , aku meraung ! Gilerrr !! Sapa nak masuk sekolah yang dikenali dengan sekolah budak budak nakal. Tapi aku bernasib baik abang aku ada di sini. Ketika aku di tingkatan 1 , abang aku tingkatan 5. Dia antara otai yang dikenali disemua peringkat.. bukan sebab pelajar pintar tapi kenakalkannya ! Hehehehe.. 
Tahap kenakalan pelajar sekolah ni , memang mengerunkan aku ketika tu.. Tapi selepas berjaya menyesuaikan diri , Alhamdulillah.. Walaupun pernah diugut tapi berkat 'network' aku , aku selamat, Hehehe... sebab tu aku tau , network ni penting ! 
Dulu ,Sekolah Menengah Dato' Lokman . Sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Lokman.
Banyak betul perubahan. Ditepi sekolah yang dulu belukar , dah jadi jalan raya. Belukar tu la port port pelajar menyorok dari dikejar pengawas dan guru disiplin... dan di situ la ada pelajar layan gam , ganja , merokok ! Nasib baik aku tak terlibat dengan semua gejala negatif tu ! Sapa kata kalau kita kawan budak nakal , kita turut ikut sama ? Segalanya bergantung pada diri sendiri dan didikan ibu bapa. 
Aku masuk ke dalam... Hampir menitis air mata.. 
1996. Selaku ketua pasukan bolasepak sekolah.

2017.. 
Aku pernah dirotan sekali dikhalayak ramai. Masih ingat lagi masa tu , menitis air mata.. bukan sebab sakit tapi sebab malu ! Seingat aku ketika tu perhimpunan dan aku bercakap dengan kawan aku.. hahahah.. Adehh.. Memori..
Aku tengok kiri dan kanan.. 


Padang bola. Inilah 'syurga' aku dulu. Dapat berlari dan bermain bola di sini ketika waktu tu , sangatlah mengembirakan ! Huhuh.. Aku jadi ketua bolasepak dan juga 'jurulatih' . Dan pencapaian membanggakan... jadi naib juara zon dan layak ke peringkat Wilayah Persekutuan. Pastu jadi 'ayam' sebab satu kumpulan dengan sekolah sekolah sukan bolasepak ! Hahahaha.. Tapi ianya tetap membanggakan. Aku terima sijil Wira Panji Sukan Sekolah.. Ok la kan ? 

 Aku pandang rumah ni.. Huhuh.. Rumah pengetua satu tika dulu. Sekarang dah jadi Bilik Gerakan..
Murid-muridnya , masih lagi seperti dulu cuma zaman aku tu , semua budak lelaki sehinggalah aku masuk tingatan 4 , murid perempuan mula ditempatkan di sekolah ni. Hurmmm... Dan segalanya mula berubah. 
Tiba-tiba nama aku diseru. Kak Anis Ayuni memanggil. Aku ke sekolah ni bukanlah dirancang pon. Kebetulan aku berada di kawasan sekitar. Terus aku mesej Kak Anis Ayuni dan nak jumpa dia... ada projek gitu ! Heeee... 
Secara jujurnya laa.. sejak aku bergelar blogger ni, aku banyak berkawan dan berjumpa dengan insan insan yang pernah aku sanjung satu ketika dulu.. Contohnya kak Norhayati Berahim , Ezad Exist , Rosyam Nor dan ramai lagi.. 

Kenapa Anis Ayuni berada di situ ? Nanti aku sambung eh... 




Segalanya kerana SISTEM !

Sejak kebelakangan ni , Qhaliff tak suka gi sekolah. Aku tanya kenapa ? Dia tak jawab. Aku rasa aku tahu kenapa. Teringat rakan di New Zealand yang berkongsi pengalaman anaknya yang menangis sebab nak gi sekolah ! Di sini , menangis tak nak gi sekolah ! Eh , terbalik sudahhhh ni ! 
Aku tanya kenapa jadi gitu ? Dia kata anak dia seronok gi sekolah berbanding duduk rumah. Di sekolah ramai kawan dan bermain ! Yer , anak dia baru 3 ke 4 tahun tapi dah pandai mengira. Dan menariknya , tiada kerja rumah sehingga 12 tahun ! Dan katanya , di sana tak ada kedudukan pelajar. Tidak ada ranking. Mereka diajar tidak membezakan sesama mereka. Semua sama jer. Maka budak budak tidak tertekan sama sekali ! 
Aku mampu WOW ! Dua hari ni , Qhaliff ada exam. Dia seolah olah tak bersedia. Ada ujian BM, Agama , Matematik , Sains , English... 5 tahun dah ada exam ! Perghhh... sian aku tengok dia. Di usia mereka patut masih bermain , tapi dah kena bersedia untuk menghadapi peperiksaan besar ?? 


Apakah segalanya kerana SISTEM ? Perghhh... giler laa ! Apakah kita tidak boleh menukarnya ? Nak kata dasar pendidikan negara kita menghasilkan pelajar cemerlang , rasanya tak pun. Setakat ni , yang aku nampak.. pelajar cemerlang semuanya berada di luar negara. Di dalam negara , bakat mereka akan tersekat ! Maka apakah kita menghasilkan pelajar cemerlang untuk memajukan negara lain??? 
Sian aku tengok Qhaliff.. Kecik kecik dah stress.. 
" Qhaliff tak tau buat , ibu.. ". Tunduk sayu. Dia berat hati nak ke sekolah. Dia mintak aku amik dia awal. Aku angguk kepala. 
" Nanti daddy amik awal yer.. ". Jawab aku. 
Ibu dia nyampuk... " Tak pe. Abang kecik lagi. Ibu tak marah pon abang tak tau buat. Nanti ibu ajar abang jadi pandai yer. ".
Terus ok dia. Hurmmm.. 
Itu baru Qhaliff. Zahra , Aariz nanti camana ? Cukup usia, mereka akan dididik untuk menjadi robot yang terpaksa ikut arahan yang telah diprogramkan kah ? Perghhh... 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI