Anak menangis ketika masuk ke tadika buat pertama kali ? Nak kena buat apa ? Tipsnya...

Qhaliff... seminggu pertama , dia ceria ! Suka gi tadika. Ketika tu dia berusia 5 tahun. Tapi masuk minggu ke dua , dia mula buat hal ! Meraung.. tak nak masuk bersungguh sungguh ! Dah kenapa pulak tiba tiba gitu ?

Jawapannya.. mudah jer ! Tak cukup tidur ! Dia berjaga sehingga lewat 11 malam. Dok main ngan adik dia dan layan handphone ! Itu kesilapan paling utama. Selepas kenalpasti kesilapan tu , dia diwajibkan tidur dalam lingkungan jam 10 malam. Dan tiada telefon pintar. Kalau nak pun , kasi dalam 5 -10 minit je. Selepas tu dia kasi semula. Dan berkesan. Melainkan jika..

6 tahun. Setahun pengalaman dan ok dah dia. 

Yer..melainkan jika dia ada masalah di tadika , dia tak nak datang ! Hehee.. Dia ni suka berkawan. Tapi masalah dia ialah suka merajuk. Sapa suka kawan ngan orang suka merajuk ye dak ? Haa.. Aku tak salahkan sapa sapa pun. Maka kena pujuk. Dia cakap , dia tak da kawan. Kawan baik dia tak nak kawan ngan dia. Laaa... kan ramai kawan perempuan dalam tu. Katanya dia ngan lelaki jer. Yeke ?? Leh caya kee ??? 

Ok.. sekolah dah bermula. Tadika pun gitu gak. Aku rasa mesti ramai parents masih mengintai anak anak mereka kan ? Tapi di tempat Qhaliff ni, parents memang tak ngintai la... Cikgu akan pujuk mana mana murid yang menangis.. 

Budak budak ni bukan malas gi sekolah tu tapi ada punca la tu. Mungkin ada yang lapar di pagi hari... tidur tak cukup... atau rasa lemah dalam pelajaran... tak nampak pun yer gak ! Haaa.. Cikgu tak cun ? Eh , tu punca si bapak tak nak gi sekolah antar anak tu.. hahaha.. 

Ok... ni ada beberapa tips yang aku baca di web Majalah Pa&Ma. Katanya ada 6 cara untuk elak anak menangis di hari pertama persekolahan mereka. Er , ni dah masuk hari ke berapa dah ? Lambat aih aku.. heheheh...

Apakah tips tu ? Boleh baca sendiri kat web Majalah Pa&Ma . Pendapat aku mengenai tips tu ? Ni cuma pendapat aku je la .. pendapat anak pertama gi ke tadika.. sekolah tahun depan ! Maka tak leh nak samakan. Lain skit.. hehee.. Dan tips mereka tu , aku lakukan pon. Cam aku janji amik Qhaliff awal dan aku kena tepati sebab dia menanti ! Jangan beri janji palsu. 

Jika anak kita tu berkelakuan baik.. beri ganjaran. Ajak makan dulu sebelum balik. Lepak santai gitu. Nanti dah besar , diorang lepak ngan kawan kawan dia dah. Tak nak lepak ngan kita.. Huhuhu.. Syahdu gitu. 

Pastu bantuan cikgu tu penting. Jangan lepaskan tangan gitu je. Kalau dia menangis tadi , sila tanya perkembangan dia selepas tinggalkan anak kita tu.. Jangan ' pandai pandai la dia nak hidup' ! Haaa...  Bawa mainan ke sekolah ? Yang kecil tu ada la.. tapi aku atau wife pesan kat dia.. jangan kasi orang nampak. Nanti hilang ! Atau cikgu amik. Lama lama tak bawak la.. atau sekadar bawak main dalam kereta jer. 

Nak mandi susah ? Aku buat gini jer.. Aku dukung terus ke bilik air. Mandi dengan air panas. Pastu siapkan.. dan biar dia tidur sekejap... Sekejap jer. Kalau dia bersungguh tak nak ke sekolah... mesti ada sebab tu. Cuba tanya kenapa. Ada la tu sebabnya.

Ok.. tu je la.. Korang ada tips ? Meh kongsi bersama. 

7 ulasan:

  1. Awal tahun persekolahan camnilah ragam budak-budak pertama kali masuk sekolah. Ada yang menarik ada yang excited dan ada juga yang langsung tak nak pergi haha. Kadang-kadang kesian mak-mak ni kena tunggu anak kat sekolah

    BalasPadam
  2. Punca tidur lewat tu memang faktor utama, sebab tu anak kita jam 9-10 dah perabat masuk bilik!

    BalasPadam
  3. Tanamkan semangat suka membaca, menulis, melukis dan suka belajar dari kecil. Seminggu sekali bawa mereka ke perpustakaan. Insya Allah mereka akan minat pergi ke sekolah.

    BalasPadam
  4. Bab tido tu betul yg baby pun tantrum kalau tak cukup tido hehhehe eh org tua pun sama...

    BalasPadam
  5. Ai dulu masa tadika, tak pernah nangis even hari pertama pun. Tak tau la kenapa, pembawaan diri kot, sampailah ke sekolah rendah hari pertama sekolah mak ayah hantar kejap je, terus diorang balik... Mujurlah takde drama air mata masa tu

    BalasPadam
  6. Kalau tak cukup tidur, mmg mood berantakan. Jangankan budak2, dewasa pun sama. Wehehe...

    BalasPadam
  7. sy mula masukkan anak sy kat tadika umur 4 thn... sekarang pun sama qhaliff umur 6 thn, tp sampai skang pg2 mood byk x ok nak bgn pg... mood sy pun naik geram... hahaha.... nak tak nak mmg sy kena buka baju dia, angkat dia ke toilet, mandikan dia, pakaikan baju dia la....

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.