Cukupkah 3 orang anak ?

Tahun depan , Qhaliff dah 7 tahun. Dah masuk Tahun 1 ! Fuh , sekejap masa berlalu. Zahra , 5 tahun.. akan ke tadika. Aariz dah masuk 3 tahun. Huwaaaa ! Daddy dah tua dahh...huk huk. Tinggal la berdua aku ngan Aariz di rumah. Sah sah dia akan keboringan takda adik. 

Qhaliff dah banyak mainkan peranan sebagai abang. Zahra pun gitu gak. Aariz , yang aku jangka akan lebih tinggi dari mereka berdua , adalah penghibur buat mereka berdua. Dah boleh geng dah mereka bertiga. Bergaduh sesekali tu biasa la.. Bila mereka baik , masing masing pakat nak kenakan aku. 



Ada aku tanya wife.. no 4 bila ? Oh noooo ! Dia tak larat dah katanya. Umur pun dah lanjut. Kalau muda lagi , ok la.. Aku pun rasa gitu gak la.. Kang takda la orang kata 'antar cucu ke sekolah ke ? '. Heee.. sian lak diorang. Aku lak non stop kena bekerja keras cari nafkah tanpa henti.. 

Ada kawan... anak berderet non stop. Tak kisah bab usia. Rezeki katanya.. Hurm.. Respek sungguh orang gini.. 

9 ulasan:

  1. Samalah dengan saya 3 anak, tapi 2 perempuan dan satu lelaki..Yang bongsu dah 5 tahun dah sekolah tadika pun tahun ni, cukupla, dah penat jugak hehe

    BalasPadam
  2. eheheeheh.. betul la tu. Tapi jika allah nak bagi,terima ajelah. Pernah berlaku situasi sama macam aben. Sekarang ni cukuplah 3.

    BalasPadam
  3. 3 pun cukup, nak tambah pun ok juga, tapi depends kepada aben dan kak zila sendiri macam mana. dah besar2 semuanya. moga sentiasa bersama. InsyaAllah

    BalasPadam
  4. Bila umur dah makin 'berusia' ni , memang penat sangat nak jaga anak kecik.. huhu.. #cakap kat diri sendiri

    BalasPadam
  5. Tu la.. Ramai juga yang tanya bila nak tambah.. Tapi kena tengok banyak faktor, baru boleh tambah yang ke tiga.. :)

    BalasPadam
  6. Nak pinjam Ara.. Kat rumah ada geng boiboy je..

    BalasPadam
  7. kalau rezeki Allah bagi alhamdulilah tu abg ben..

    BalasPadam
  8. Faktor usia tu yang buat tak larat, kalau tak syok anak ramai ni. Saya pun cukuplah 4 orang, nak tengok mereka membesar je.

    BalasPadam
  9. Fuuhh... 3 dah kira ramai tp kalau nak tambah tak salah gak. Wahaha... Tp terpulang dgn pilihan dan rezeki setiap keluarga... Subjektif.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.