Isu HALAL adalah tanggungjawab bersama !

Kecoh ! Seperti biasa...Itu memang kepakaran sesetengah rakyat Malaysia ! Kan ? Heee...

Keratan dari Kosmo

Ada yang kata... Kenapa pihak bertanggungjawab baru sekarang nak buat kerja? Makan gaji buta ke? Dan banyak lagi komen komen netizen ni. Boleh pening dan hilang semangat nak bekerja kalau membacanya. Nak balas , tak boleh. Kena telan jer la kan ? Heee.. 

Salah sapa sebenarnya ? Ok, fine !Eh , terspeaking lak. Bukan mencari salah sesiapa atau menuding jari sesama kita. Masing masing perlu mainkan peranan dan punya rasa bertanggungjawab.  Camana ? Pihak JAKIM Hab HALAL dah ada lama dah website yang memaparkan semua restoran , makanan atau produk yang ada kelulusan HALAL. Tak tau kat mana nak cari ? Mudah jer... http://www.halal.gov.my

Nah.. aku kasi contoh. 


Kenal pasti logo HALAL yang diiktiraf. Ada yang nampak HALAL , terus je ingat hahal. Tau tau kena tipu dah ! Haaaa.. Bila kena tipu , terus tuding jari. Walhal diri sendiri tak amik pusing langsung. Main belasah jer.. Kena la rajinkan diri tu sedikit... kalau semua nak main suap je , lemau gak laaa.. 

Dan kalau malas nak bukak web , download je la aplikasi HALAL. 


Nah... sekarang segalanya di hujung jari kita. Kalau kita was was juga , boleh call terus HALAL dan tanya mereka sendiri. Apa susah kan ? Kalau layanan mereka tu tak bagus , barulah buat report pada orang atas. Kalau takda tindakan.. haa.. apa lagi ? Serahkan saja pada perwira papan kekunci ! Kasi viral je laa.. 

Oh ya.. ada yang kata diorang ni tak buat kerja. Gile kot ?? Takkan semua makanan yang ada dipasaran tu diorang nak gi check. Berapa kerat je pon kakitangan mereka. Maka tugas kitalah 'membantu' mereka secara tidak langsung. Kita tengok sendiri produk tu , logo dan check. Kalau sangsi , call tanya. Buat report pada mereka andai produk tu meragukan. Haaa.. kan mudah ! 

Jika kita benar benar amik kisah mengenai HALAL , maka sama sama kita membantu antara satu sama lain... kan kan ? 

9 ulasan:

  1. belum cukup prihatin lagi... tetapi cepat pulak nak melenting. apa pun semoga kita semua sentiasa berhati-hati dalam membuat pilihan

    BalasPadam
  2. sama2 kita berusaha ke arah kebaikan
    banyakkan kajian

    BalasPadam
  3. Betul...wujudkan hubungan 2 hala...jangan asyik menuding..menuding memang tersangat mudah berbanding sama-sama semai rasa tanggungjawab.

    BalasPadam
  4. risau nk mkn apa2 pun sekarang ni..huhu..cm kenal je eropoh udang tu

    BalasPadam
  5. halal ni memang perlu dicari, jangan nampak orang makan jer cakap 'tu dia boleh makan, mesti halal punya' salah2

    BalasPadam
  6. Selalu bertekak dgn kyle pasal ni , den jenis nampak halal so maknanya halal tp kena marah dgn dia haha nak download app ni .. mudah sikit

    BalasPadam
  7. Betul tu, kalau was² jangan makan dan better check dengan Jakim samada makanan tu halal atau tak. Jangan buat andaian sendiri kan?

    BalasPadam
  8. Terima kasih kerana menyumbang. Benar, tugas SEMUA umat Islam untuk menegakkan kebenaran dalam semua aspek - bukan sekadar makanan sahaja. May you and your family be showered with rahmat and berkat di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  9. Baru tau dah ada aps halal... Tp mmg betul la.. Check sendiri. Kalau was was jangan beli/makan.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.