MC pertama Qhaliff di tahun 2018 !

by - Khamis, Januari 04, 2018


Semalam lagi aku dah dapat rasa semacam je Qhaliff ni. Waktu dukung malam semalam dari kereta ke bilik tidur pun dah panas badan dia. Aku tanya dia.. dia kata tak demam. Hurm... Aku tanya lagi.. suka gi sekolah ke ? Dia jawab suka ! Best ! 

Dan bangun pagi tadi.. wife kata dia demam. Tak gi sekolah. Wife mintak aku bawak dia ke klinik. Hurm.. Aku ada meeting pagi ni kat MATIC. Aku mesej mintak batal. Terpaksa. Dan hari ni kena jaga 3 orang sekali gus. Fuh.. bukan senang. 

Qhaliff... dah semakin ok. Dah makin bijak dan matang. Senang nak urus dia. Kuat merajuk pun satu hal tapi senang pujuk. Sel sel otak dah banyak bergabung.  Heee.. InshaAllah jadi abang yang cemerlang. 

Harap demam Qhaliff tu cepat reda. Jangan berjangkit kat aku pulak dah la.

You May Also Like

9 comments