Minta JPJ , Kementerian Kesihatan dan sebagainya ambil tindakan segera..

by - Isnin, Januari 01, 2018

2018...  dah tiba masanya aku rasa untuk semua mereka yang kuasa ni , mengambil tindakan utama. Tingkatkan lagi saman dan juga denda. JPJ , sila tumpu pada kenderaan terutama cermin dan no plet kenderaan. Pastu buat SUKARELAWAN JPJ. Bantu kesan pesalah pesalah jalan raya seperti mana di New Zealand kalau tak silap aku , mereka ada buat gitu. Ambil gambar dan hantar ke penguatkuasa. Tak lama kemudian , ada saman ! Jujur aku kata  ketika di New Zealand , takut wooo nak bawak lebih dari had laju. Tau tau masa kat airport , ada saman ! Haaaa.. Tu yang aku diberitahu la. Tapi berkesan la pada aku dan kawan kawan. 

Dan part cermin gelap tu... banyak kereta yang tak reti bagi signal atau bersikap pentingkan diri ni , boleh dikatakan terdiri dari kereta yang bercermin gelap ( bukan semua tp byk gitu) . Diorang berani sebab pemandu lain tak nampak sapa pemandunya. Masuk atau tukar lorong tak kasi signal.. Alasan panas , tak boleh pakai ! Orang lain boleh , apahal awak tak boleh ? Kalau betul rasa panas tu menganggu..guna je cermin mata hitam ! Aku sendiri pon tak boleh kena silau tapi ok je memandu ! 

Kedua , aku mulakan azam baru hari ni. Paksa diri gi peluhkan diri ! Dah berbulan diselubungi kemalasan. 


Setengah jam mendaki dan menuruni jalan raya ni , Qhaliff ajak gi makan roti canai. Dari semalam lagi dia ajak. Aku kata kat dia.. " Tahun depan je la kita makan roti canai yer. Mana tau tahun depan , sedap rotinya ? ". Dan aku tunaikan hari ni.  Heee... 

Dan di restoran mamak... aku terkilan ! Dalam 10 orang pelanggan.. 5 orang adalah perokok ! Nak duduk celah mana pon aku tak tau. Dikelilingi dek mereka yang merokok. Aku tak boleh bau rokok. Pening kepala !  Bila dah sakit kepala dek kerana asap rokok , boleh sampai 2 hari baru pulih ! Hurmm... Yang merokok depan anak, lagi haprak ! Sampah punya perangai. 

Aku mintak Kementerian Kesihatan buat juga SUKARELAWAN KESIHATAN. Apa kata wujudkan satu page di Facebook... Mereka yang merokok di dalam restoran , kedai makan atau tempat yang dilarang ni.. post muka mereka dalam tu ! Malu ? Amboi.. yang dia buat perangai gitu , tak malu ? Haaa.. 

Sekian. Sila amik tindakan. Atau pasni aku gi kedai makan bawak obor olimpik di tangan. Alang alang nak menyedut asap , kita kasi jer satu restoran tu sedut ! Huh !

You May Also Like

7 comments

  1. Yang sukarelawan utk trafik dan JPJ ada ben.. Yang utk perokok ni kena buat

    BalasPadam
  2. Memang ada IK yang bertugas saman orang merokok di tempat awam spt hospital, pasaraya, stesen bas tapi kat restoran atau kedai makan tak pasti ada ke tak.

    BalasPadam
  3. sabar2... obor terus hahaha. Sebab tu la lisa tak suka makan kat kedai . mesti ada perokok yang tanpa bersalah isap rokok time orang lain tengah makan :(

    BalasPadam
  4. bab perokok ni rimas betul kalau g kedai mkn.. sbb tu kl bawa anak jd mls nk g kedai mamak ke kedai biasa sbb open sgt org nk smoke.. biasa mesti beli tapau je laa.

    BalasPadam
  5. Ahahaha.. tak dapat nak bayangkan tetiba ada org bawa obor olimpik dalam restoren. Husband saya pon takleh kalau ada asap rokok dalam restoren tapi owner restoren buat bodoh je. Siap sediakan tempat buang habuk rokok atas meja.

    BalasPadam