Pendapat aku mengenai Filem : Badang vs Black Panther

by - Sabtu, Januari 13, 2018

Aku peminat filem filem mengarut gini... maksud aku yang superhero gini la. Sekadar layan jer la. Tak larat nak layan filem filem beratkan kepala atau terlalu ringan. Habiskan duit jer. Mahal woi nak tonton wayang skang ni.. 

Dan dengar ceritanya nanti dua filem superhero bakal keluar serentak pada bulan Februari nanti ! Tu dia aihhh ! Filem tempatan lawan luar negara.. rasa rasa sapa yang bakal menang ? Apakah akan berlaku persaingan sengit ?? 

Aku sokong filem animasi tempatan yer ! Filem animasi luar negara pun aku tetap memilih gak. Seperti Black Panther ni , pada awalnya aku tak beberapa minat tapi selepas kemunculannya di Avenger serta trailer untuk filemnya nanti , aku rasa cam gempak la pulak si Black Panther ni.. 

Manakala filem Badang... hurmmm... setakat ni aku tak tau di mana kaitannya Badang dalam filem ni setelah menonton trailernya yang viral di media sosial ( lebih banyak mengutuk dari puji ) baru baru ni. Tapi dari segi kesan khas CGI, boleh dibanggakan la gak. Tak la nampak 'kencingnya' sangat. Kecuali.. 


Pelakon utamanya.. aduhhh ! Serius ! Aku bukanlah anti dia pun walaupun agak menyampah dengan dia di media sosial.. tapi rasa dia tak layak langsung laaa jadi hero dalam filem ni. Apa dia ingat pertaruhkan muka hensem je leh laku dah ? Atau duit banyak boleh buat apa saja ? Hurmmm.. 

Aku tak nak beri penilaian awal.. tapi yang pasti aku takkan membazirkan masa dan duit untuk menonton filem yang.... entah la.. Aku dah banyak kali kecewa tonton filem melayu di panggung.. Giler punya kecewa ! 

Kalaulah dia mempamerkan contoh yang bagus di media sosial... aku rasa filem sampah pon boleh dapat sambutan... demi menyokong dia ! Tapi sayangnya... Di Facebook , mana mana page yang post pasal perbandingan ni , pastinya Bangang Badang dapat kecaman ! Bukan sebab filemnya tapi sebab si superhero yang lembik ! Boleh nampak laaa di situ ! 

Sebab tu.. dalam hidup kita ni , jangan tamak ! Biarlah kita sama sama makan.. Jangan semua benda nak sapu ! Nak tunjuk kat dunia yang kita boleh buat semua benda terutama bila kita ni ada duit ? Hurmmm... 

Badang yang @#%&^$**# .. Rosak nama Lagenda Si Badang. Nasihat aku la kan... Buat filem  tu boleh.. tapi simpan dalam arkib di rumah yang luas dan mewah tu ! 

You May Also Like

4 comments

  1. tak sangka lak dia jadi hero.... uih... tak tahu apa nak komen... rasa mcm duit dh blh beli segalanya

    BalasPadam
  2. Haaaa filem Badang? Tulah pengarah filem melayu ni buat filem entah apa². Bila filem tak laku kata orang tak sokong tapi dah filem dia camtu sapa nak tengok kan?

    BalasPadam
  3. Tak teringin nak tgk Badang, sebab pelakon nya tu lah

    BalasPadam
  4. Baru baca entri ni. Tak tahu sapa pelakon badang. Tanya husband baru tau... Kekeke... Ooo alamak... Uhrmmm... Taknak la tengok kat pawagam. Tengok kat mana2 je nanti. Kat tv ke..

    Kalau black panther tu, still nak tengok lagi.. Walaupun tak minat watak ni.

    BalasPadam