Pendapat aku mengenai smart watch Pro Trek WSD-F20

by - Selasa, Januari 02, 2018

Dua bulan aku pakai smart watch Pro Trek WSD-F20 ni.  Best ke ? Terlebih dahulu aku nak bagitau.. jenis ni ada 3 warna dah.

Warna oren memang menawan. Payah nak jumpa sebab mesti dah 'sauk' terlebih dahulu

Keluaran khas untuk winter rasanya. Tali je lain.

Dengan menggunakan Android Wear 2.0 , Pro Trek WSD-F20 ni boleh download pelbagai jenis aplikasi terutamanya yang ada dalam phone kita. Tapi tak semua yer. Bagi aku , cukup dah ! Tak perlu semakkan dengan aplikasi yang tak penting. 

Antaranya ? Hurmm... Boleh kawal kamera phone. Youtube , Muzik , Whatsapp , notifikasi Instagram dan banyak lagi.. Buat call pon boleh ! Tekan butang dan sebut nama orang tu. Zasss... sambung terus ! 




Dan kemudian , watch face dia memang gempak gempak laa ! Nak 'beli' pun murah jer. Kalau beli watch face , dia punya fungsi tu lagi banyak. Boleh gile la jap tengok face face yang ada. Secara tidak langsung, aku tak perlu beli banyak jam dah ! Hehehe.. aku memang gile tengok face face yang gempak. Tak kira la analog atau digital mahupun hybrid.. semua aku minat ! 


Banyak fungsi... antaranya GPS, kompas, suhu dan banyak lagi. Buat masa sekarang , aku belum explore sangat. 

Ok.. kelemahan. Seperti telefon pintar , masalah bateri adalah pasti ! Tapi untuk mengelakkan dari bateri kering dengan cepat , tutup semua connection seperti wifi , bluetooth dan lokasi atau tukar terus ke TimePiece. 

Untuk iOs , aku tak pasti sangat. Tapi Android , gempak ! Aku berpuashati sangat walaupun bateri kuat kering. Aku tak perlu belek phone sangat dah bila memandu terutama untuk jawab Whatsapp yang tak penting atau tertinggal call ! 

Kesimpulan... adakah aku menyesal beli jam ni ? Jawapannya tidak ! Memang best guna jam ni skang. Ringan pon ringan.. besar pon besar ! Hee... Dapatkan di G-Factory ! 

You May Also Like

6 comments

  1. smart watch ni nampak canggih sgt, tapi tertanya2 jugak aben ckp battery cepat drain, pakai battery apa ek jam ni? boleh cas ke? maaf, sy noob jam macam ni..heeee

    BalasPadam
  2. Wahhh bestnya, banyak betul fungsinya yang menarik. Terpikat bila tengok.

    BalasPadam
  3. Tak paham pula part face face tu. Wahaha... tapi gempak gila la jam ni. Boleh download apps rupanya. berbaloi baloi !!

    BalasPadam