Tekanan di tempat kerja ! Apa patut kita buat ?

by - Selasa, Januari 16, 2018

Nak tau kita dalam keadaan stress atau tidak , cuba bayangkan pejabat tempat kita bekerja , bos.. rakan sepejabat. Apakah kita tersenyum atau terus kepala jadi berat ? Hurmm... Kalau gitu, apakah tindakan kita ? Layankan jer ? Berenti kerja ? Cari kerja lain atau bomohkan je bos tu ?

Cam aku... aku berenti je la kerja. Satu tindakan bodoh , pon ye gak. Tapi itulah tindakan yang terbaik buat aku yang dah berkali kali amik MC sebab stress ! Kesannya.. aku dapat penyakit tekanan darah tinggi level hypertension ! Giler !!!! Setiap minggu , mesti akan ada MC ! 

Kenapa aku jadi stress gitu ? Banyak faktor.. tekanan kerja , perangai rakan sepejabat , pakaian staff perempuan yang menjolok mata , boss yang takda intergriti  dan faktor faktor persekitaran. Dan selepas aku berenti kerja , segala stress hilang. Stress nak cari kerja baru lak. Hahahaha.. 

Bebas !! Satu perasaan yang tak boleh nak diceritakan... tapi sangat bebas ! 

Ada beberapa orang kenalan aku yang bekerja di sektor awam... jumpa pakar kaunseling untuk mendapatkan khidmat nasihat setelah mengalami stress di tempat kerja ! Bukan sebab beban kerja tapi sebab perangai pegawai atasan yang.. hurmmm. Dan juga arahan arahan yang diluar bidang tugas juga membuatkan mereka rasa tertekan ! Atas nasihat , tukar tempat kerja. Lega. 

Aku dulu... banyak kali terfikir. Sampai bila aku nak bangun pagi dan pulang petang ! Sabtu Ahad je cuti atau cuti umum. Pastu kerja sampai lewat malam. Aduh... stress ! Gaji besar pon tak guna gak kalau takda life !  Terasa nikmatnya bila ada cuti  tapi waktu tu .. nak travel mahal woiii ! 


Ditambah pulak sekarang ni , di Malaysia.. macam macam perkara ajaib sering berlaku, maka fikir fikirkanlah masa depan kita sama.. 

You May Also Like

7 comments

  1. bila stress keje.. kalau ade pilihan, mmg nak je berenti tapi xde pilihan selain tu sebabb komitment hutang piutang (rumah & nafkah org tua). sayangkan pencen pun satu sebab sebenarnya..

    soo redha jer la bila stress dengan keje or sekeliling...

    -_-'

    BalasPadam
  2. ni tengah stress ni, rasa nak quit pun ada.

    apa2 pun blogging is the best therapy :)

    BalasPadam
  3. tengah plan nak tukar kerja, tak lrat nak travel jauh2, harap2 ada peluang kerja lain

    BalasPadam
  4. Saya pun cadang nak berhenti kerja tapi pendapatan sampingan dari aktiviti konsultasi masih tak berapa cukup untuk cover keperluan harian. Lagi pun zaman ni job tak banyak masuk. Terpaksa tunggu dulu dan teruskan dengan kerja hakiki walaupun kadang-kadang stress.

    BalasPadam
  5. Buat masa ni kalau stress je ingat anak², ingat cari rezeki untuk mereka. Balik rumah terus lupakan bab stress kat tempat kerja.

    BalasPadam
  6. Tiap pagi nak pi kerja, rasa mcm ada batu berat kat kaki. Stress pikir apa lagi laa aku nak kena hari ni huhu. Tp demi nak cari duit utk anak anak hidup selesa je, bertahan jugak...

    BalasPadam