Best sangat ke drama Korea sampai aku mengalirkan air mata ?

by - Ahad, Februari 18, 2018


Dah lama aku tak layan drama Korea. Kalau filem Korea tu , ada je la... macam Battleship Island dan sekarang aku terjebak dengan drama bersiri Doctor Stranger. Camana aku leh terjebak ? Ni semua gara gara Explore Feed yang mana baru baru ni ada viralkan keratan babak dari drama tersebut. Tu rasa cam best jer.. Terus baca kat komen dan ada yang bagitau tajuk drama tu... Dan aku yakin ramai yang terjebak dengan aku jugak gara gara viral babak tu.. kan kan ?

Nasib baik aku ada langgan Iflix.... Walaupun orang kata Iflix ni banyak cerita lama jer tapi berbaloi la ! Bukan semua orang dapat tonton cerita cerita yang lepas.. kan kan ? 



Episod pertama... baru 5 minit main , mata aku dah berair. Babak yang cukup kena dengan hidup aku. Huhuh... Tiba-tiba rasa rindu kat arwah ayah. Al-Fatihah buat arwah ayah ku. Terima kasih. Kemudian episod demi episod sambil tengok Qhaliff buat kerja sekolah.  Hurmm... 

Mata ngantuk... hahaha.. biasa la. Bila ada babak cinta tu , terasa ngantuk jap... Terus gi buat LazzCafe ! Memang terbaik tul laaa LazzCafe ni. Manis dia , ala kadar jer. Tapi rasanya sampai ke tekak ! Secawan dah memadai. Kesihatan perlu jaga juga kan ? Minum jangan berlebih-lebihan. Esok lak minum.. kan kan  ? LazzCafe dah memang kurang manis tapi tak bererti kena minum berkali kali! Haaaa... tu yang silap tu..kan ? Bersederhana. 


Ngantuk hilang.. layan sampai episod ke 5. Pastu keluar gi jogging dan berbasikal jap. Episod pertama tu , memang menarik. Tapi bila ada babak tak masuk akal tu kuar , aku dah mula tawar. Hehehe... Terasa macam tonton filem Bollywood lak. Hurmm... 

Tapi aku masih tonton lagi sebab babak logik tu masih banyak. Yang tak logik tu skit je la. Cuma ada beberapa perkara macam dah boleh jangka jer. Hehehe.. Tapi Doctor Stranger memang best la.. Tak la macam drama petang petang tuu... aku tengok 5 minit pon dah hijau muka.. nak muntah ! Hahahaha.. maaffff yer... Bukan anti drama petang petang tapi macam.. tah... tak leh masuk dah skang ni punya drama. Kualiti hancusss.. 

You May Also Like

4 comments

  1. Hahaha layam korea jugak dah diaaaa .. Nanti layan tamil la pulak . Lgi best kikikiki

    BalasPadam
  2. Aben ni.. Buat daku ingin menonton pulak..hihihi

    BalasPadam
  3. Lazzcafe tu memang sedap�� pekena movie korea lak. Sama taste lah ����‍♀️

    BalasPadam
  4. Saya ni camne orang ckp best cerita Korea tetap tak minat nak tengok, hehehee!

    BalasPadam