Biarkan.. satu hari nanti pasti dia akan mengalirkan airmatanya..

by - Ahad, Februari 04, 2018

Seronok dia.. Sejak di Melaka hari tu lagi dia nakkan kasut tu ! Nak beli kat sana , Zahra pun jerit nak. Tapi size takda. Untuk elakkan berlakunya drama di shopping mall tu , maka dua dua la tak dapat..termasuk ibunya sekali ! Walhal... Qhaliff dah pegang dah kotaknya.. huhuh.. Sian.

Dan sejak dari hari tersebut , dia pun dok bisik dan heboh kat tadika dia yang dia nak beli kasut baru. Aduhhhh.... pandai tul main psikologi. Hari-hari dok tanya bila nak gi Alamanda. Menurut wife , dia beria nak beli kasut baru sebab nak gi trip nanti. Huhhhh.... dah macam anak dara lak ! Nak gi sana sini , mesti kena beli sesuatu yang baru !!! 

Tadi , gi IPC Shopping Centre.. kat situ ada kedai yang sama.. maka belikan je la. Nasib baik Zahra tak mintak gak.. kalau tak , memang bergolok gadai la bapak dia. 


Selepas dapat apa yang dia nak.. maka dia jadilah anak yang sangat dengar kata serta peramah. Banyak suara dan memuji. Harap satu hari nanti , dia tak jadi ahli politik. 

Aku bukanlah nak manjakan dia sangat tapi aku nak dia ingat... kalau dia berkesempatan membaca entri entri aku yang ditulis khas untuk dia ,  aku nak dia ingat dan tau yang apa dia dapat tu bukanlah dari ehsan mana mana kerabat diraja atau duit dana mana mana tabung kebajikan mahupun amanah tapi hasil titik peluh bapak dia setiap malam bercengkang mata mencari rezeki.. mencari idea.. mengerah keringat.. di kala orang lain tidur , bapak dia dok pikir apa yang perlu dibuat untuk memastikan setiap hari akan dapat diteruskan kehidupan dia dan keluarganya. 

Yer.. Qhaliff perlu tau.. dulu datuk dia pun begitu juga. Aku pernah mintak kasut bola dari ayah.. dan dia meminjam duit dari kawan kawannya... lalu dibelikan kasut bola yang aku nak sangat ! Selepas aku dapat tau mengenainya... air mata tumpah tanpa henti. Menyesal ? Hurmmm.. satu je dia nak iaitu aku gembira ! 

Yer.. aku pun nak tengok wajah anak aku gembira. Biarlah aku susah sekejap... asal anak anak gembira. 

You May Also Like

6 comments

  1. Moga2 banglong akan sentisa ingat jasa dan pengorbanan daddy..

    BalasPadam
  2. Demi anak kan... Moga makin murah rezeki aben sekeluarga, Aaminn

    BalasPadam
  3. Sebak pulak baca. Insya Allah akan cuba penuhi permintaan anak² selagi termampu!

    BalasPadam
  4. Semoga anak-anak tidak lupa mengenang jasa ibu bapanya..

    BalasPadam
  5. sebak pula baca kisah ni.. isk. Pengorbanan seorang ayah tiada tolok ganti.

    BalasPadam