IPC Shopping Centre berwajah baru ! Pusat beli belah bercirikan kekeluargaan ! Jom ke sana ..

by - Jumaat, Februari 09, 2018

Baru-baru ni aku ada ke IPC Shopping Centre yang terletak di Mutiara Damansara , dengan menaiki MRT dari Kajang. Aku pergi pun atas sebab jemputan penjenamaan semula. Saja nak tengok apa yang menariknya IPC Shopping Centre selepas mereka menaik taraf sepenuhnya. Mesti gempak dan yang paling utama ialah selesa ! Harapnya gitu laa.. 

Turun di stesen Mutiara Damansara kemudian jalan kaki tak sampai 5 minit. Sampai dah ! Tadaaaa... Heheehee... Dekat jer ! Dulu , aku rasa tempat ni jauh sungguh. Tapi sejak ada MRT , segalanya dekat dan tak perlu nak tempuh jammed dan tol yang banyak itu. 




Sebelum pelancaran tu , aku sempat la pusing sana sini. Ternyata sekarang lebih selesa dari sebelum ini. Bukan sekadar berwajah baru malah menawarkan lebih banyak kemudahan serta menjanjikan pengalaman membeli belah yang lebih ceria dan mesra untuk seisi keluarga.

Dengan memperkenalkan konsep 'So Much More' yang membawa maksud bukan sekadar destinasi membeli belah malah sebaliknya ia menawarkan pengalam lebih dari pada itu. Patutlah Zahra dan Qhaliff bermain kejar kejar dalam satu premis tu , diorang takda nak masam muka pon ! Huhuhh... Bagus la gitu kan ? 

Ok... selesai majlis, aku balik. Dan satu niat je niat aku selepas melihat perubahan menakjubkan IPC Shopping Centre ni... nak bawak ahli keluarga aku ke sini , buat pertama kalinya dan melihat sendiri apa kata mereka. Aku pasti mereka akan teruja , seperti aku juga. 

Minggu berikutnya... aku kembali ke IPC Shopping Centre bersama-sama keluarga tercinta. Seperti kata aku sebelum ni , anak anak sangat teruja. Walaupun ramai orang yang hadir ketika tu , keadaan sangat selesa dan bersih. Dari parkir nak ke tingkat atas , lifnya besar dan luas ! Haaa... tak perlu dah nak tunggu lama. Confirm dapat masuk punya.

Dan di kawasan tempat parkir tu ada satu pusat kitar semula yang cukup menarik ! Haaaaa !! Aku dah dapat idea apa aku nak buat dengan bahan bahan terbuang di rumah aku tu ! Selepas ni , aku bawa je ke sini dan jual pada mereka. Selain dapat jaga alam semulajadi , aku dapat gak duit kan ? 


Antara barangan yang boleh 'dijual semula' di pusat kitar semula ini yang terletak di P1

Menurut wife , sekarang ni lebih banyak pilihan untuk membeli belah dan menjamu selera. Malah tambahnya lagi , aspek aspek yang nampak kecil sekali pun mereka ambil berat seperti keselamatan , sistem parkir lebih tersusun , penambahan tempat duduk dan kemudahan kemudahan mesra keluarga seperti pintu masuk kanak-kanak , menaik taraf ruang keluargaan dan 'Funland' , sebuah taman permainan khas untuk anak anak. 




Sementara anak-anak sedang leka bermain dan wife menjaga mereka , aku masuk ke dalam Harvey Norman. Nak tengok katil untuk anak-anak aku. Rasanya dah tiba masa untuk mereka tidur dalam bilik masing masing. Dah besar dah pun mereka.. kan ? Nak tengok katil bujang..

2 tingkat Harvey Norman. Diasingkan dengan barangan elektronik. Memang best la ! Cawangan Harvey Norman yang terbesar di Malaysia... haaaaa ! Amacam ? Tak tergoda ke ? Huhuh..





Dah tengok apa yang aku nak , bawak anak-anak gi makan. Restoran feveret aku, Nandos ada kat sini. Hehehhe.. Best ! Yang lagi best ialah , air kat sini leh refill sepuas hati ! Hahahahaha.. Syok laa aku wehhh..



Selain dari Nandos , ada banyak lagi restoran dan cafe. Yang pasti jadi pilihan korang ialah IKEA Cafe ! Heeee... Penuh aja dalam tu. Dan mudah nak akses ke IKEA juga.


Dan sebelum balik... beli sepasang kasut buat Qhaliff. Dia nak lama dah sangat kasut tu.. Kebetulan pulak ada cawangannya di sini. Fuh , memang best la IPC Shopping Centre ni.. segalanya ada di sini. Fuh , anak anak puashati kat sini. Masing masing tak buat perangai. Seronok jer diorang. Mak dia pun seronok. Raya nanti dah tau nak shopping mana ! Mesti banyak buat sale kat sini nanti.. hahaha... 


Siap ! Nak balik pon senang cari tempat parkir. Mudah je nak cam. Nak guna lif pun mudah. Pengunjung yang ada kat sini pun nampak tenang jer semua. Tak sesak dan padat. Kalau aku nak cerita ni , rasanya sampai esok tak abis. Korang gi la tengok sendiri. Heeee... Confirm komen kata best nanti. Huhuhu..

Untuk keterangan lanjut boleh baca sendiri di https://www.ipc.com.my/ .

You May Also Like

14 comments

  1. Lamanya tak datang area sini, nak singgah la nanti...

    BalasPadam
  2. Saya yang dari Penang pun dah rasa teruja nak pi.

    BalasPadam
  3. bertambah menarik serta meriah dah nampak ipc yang baru ini. Paling best lihat kemudahan yang ada...hihihi

    BalasPadam
  4. menariknya IPC shopping centre ni..banyak kemudahan pulak tu

    BalasPadam
  5. Wahhh makin menarik, terutama taman permainan anak² tu. Kena bawak anak pi sana ni.

    BalasPadam
  6. Bestnya..haritu sempat gi sebelum pelancaran..memang tercenggang jap sebab berubah..tp memang best.

    BalasPadam
  7. hari tu singgah kejap ipc mmg terasa kelainan dia, byk perubahan baru. good job!

    BalasPadam
  8. Sejak ada ikea cheras ni dah lama dah tak ke sana...

    BalasPadam
  9. Dekat dengan Ikea boleh singgah sini tgk ..

    BalasPadam
  10. huuuuu..bestnye tu. Dalam satu mall ya..

    BalasPadam
  11. menarik la IPC berwajah baru ni, hujung bulan ni g KL, nak singgah la sini

    BalasPadam