Kecewa dengan cermin mata Oakley !



Dua kali aku beli cermin mata ni di Fokus Point. Masa nak beli tu , tanya spare part.. macam macam diberi jaminan. Rasanya dah masuk kali ke tiga kot aku beli cermin mata kat sini. Kenapa ? Sebab layanan dia ok. Cara pemeriksaan mata tu ok tapi bab ni je aku agak terkilan skit.. 

Cermin mata yang kelabu... bingkai dia , getah memang ada kawan kata sangat bermasalah ! Hurmm... Bingkai cantik tapi tak lasak ! Bila rosak.. nak kena tempah.. kalau takda stok. Kalau nak cepat , gi ke Oakley Mid Valley. Untung untung sana ada ! Dan aku cuba nasib la ketika tu.. memang ada. Cuma tinggal satu je ketika tu. Dan bukan murah wooo ! Huhuhuh.. Makan ratus gak la.. Tapi aku tak kisah la... janji boleh pakai. 

Akhirnya aku tempah satu lagi selepas kecewa dengan bingkai tu. Aku nak cari jenama lain tapi masih tertarik dengan Oakley ! Adehhhh... Serius aku memang suka rekabentuk dia yang sesuai dengan diri aku. 

Tak sampai beberapa bulan pakai... Getah pengapit hidung mancung aku putus.. Huhuh... KAku tanya Zahra dan Qhaliff.. sapa buat ?? Masing masing tuduh Aariz. Si kecik tu pun menjawab gak tapi aku tak paham.  Kecik besar kecik besar je aku tengok Aariz ! Huhhhh... 

Salahkan diri sendiri ! 


Aku ke Alamanda. Tempat aku beli spek ni. Aku tanya spare part. 3 bulan koooo ! Atau kalau bernasib baik.. sebulan setengah baru dapat ! Aduhhhh.....giler laaaa ! Lama kottt ???  Aku ingatkan Oakley ni lasak abis. Rupanya... manja jugak.. 

Pasni aku pikir panjang la nak beli spek Oakley ni.. 

2 ulasan:

  1. puashati juga dengan focus point.. 2 kali dah tukar kat brand ni.rasanya..,antara banyak banyak kedai.Focus point memang lengkap dari kesemua segi.

    BalasPadam
  2. Lama tu nak tunggu spare part, kena cari jenama lain lak lepas ni.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.