Makan tu boleh , tapi beringatlah...

Tonton video mengenai Milo Kepal Viral. Adoiyai , menakutkan sungguh laa. Sedap tu , memang nampak sedap tapi.. aduhh ! Aku yang gemar ratah Milo ketika kecil dulu pun tak berani nak bedal sebegitu rupa punya pekatan Milo tu ! Yang suka , tak pe la... Mungkin diorang perlukan kemanisan hidup gitu.. Cam aku , tak berani dah. Umur cam aku ni , kena jaga dah segalanya. 

Wife aku yang memahami keseriusan aku menjaga badan , turut sama membantu dan menyokong dengan menyediakan makanan yang sesuai untuk aku dan anak anak.. Makanya , setiap pagi dia akan sediakan bubur dan juga ubi rebus untuk aku dan anak anak. Hee... takda garam ! 

Pagi dan tengahari.



Manakala makan malam lak.. ehehehe... makan pisang jer ! Sebelum tu , gi gym. Bakar lemak lemak yang masih banyak di anggota badan. Huhuhu... Terpaksa ! Bukan nak sado tapi lebih pada nak jaga kesihatan. Nanti kalau dah susah , payah dah... Huhuh..

Tak lapar ke ? Heee.. tahan jer la labu ! 


Hujung minggu baru aku merdeka ! Makanlah apa pun tapi beringat juga ! Bukan senang nak bakar balik semua tu.... Makan tu , berpada padalah ! 

5 ulasan:

  1. fuhhh disiplin kena tinggi, ni klu yg tak tahan godaan makan ni banyaklah lemak2 degil dalam badan...

    BalasPadam
  2. sama! sekarang makan kena beringat, tak boleh asal sedap semua bantai makan. sakit diri sendiri juga yang tanggung

    BalasPadam
  3. Makin berusia makin berkhasiat makanan kita..hehe. Samalah ngan Lynda dan suami skrg. So didik anak sekali makan makanan sihat

    BalasPadam
  4. Yup betul tu, kena tinggi disiplin bab makan ni. Memang semua sedap tapi tak boleh nak dok bedal apa saja.

    BalasPadam
  5. Yes kena jaga pemkanan sekarang ni. Ni sedap sedap tu biasa yang bahaya.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.