Malaysia , negara 'wait and see' !

by - Rabu, Februari 14, 2018

Nak gi buat facial buat pertama kali kat MBH MediaSpa , Cheras. Aku naik teksi je dari rumah mak aku. Anak anak, aku tinggalkan sekejap. Terpaksa ! Kerja.. Heee.. Lama dah tak naik teksi. Alhamdulillah , dapat teksi yang bersih dan pemandunya peramah. Dah berusia dan berbangsa Melayu.

Dalam teksi, pakcik tu bertanya macam macam pada aku. Aku gembira menjawabnya. Boleh hilangkan penat lelah aku di gym sebelum tu. Heheheh... Kemudian masuk ke satu topik yang menarik. Sayangnya perjalanan aku singkat jer. Topik berkenaan pelajar terkena bilah pisau mesin rumput. Dan aku memberitahu pakcik tu yang aku dah pun menulisnya di blog mengenai keselamatan dan kecuaian yang senantiasa ada di depan mata kita tapi dipandang hujung mata jer ! Hurmm.. 

Pakcik tu cakap negara kita ni negara 'wait and see'.. Tunggu kena dulu , baru amik tindakan ! Kalau takda sapa sapa yang mati , segalanya ok jer ! Tengok la kes pasu tu.. Apa ceritanya ? Hurmm... Dah bergelen report dibuat tapi tiada tindakan. Nah , bila ada yang mati.. baru kelam kabut semua ! 

Entah laa.. negara kita ni payah nak cakap. Menipu lebih diterima berbanding kejujuran. Aku hulur RM10 walaupun di meter tertera RM7 jer. Rezeki dia sebab peramah. Heeee.. 


Minuman kegemaran aku sekarang ! Tiada gula tambahan. Sila www.wasap.my/60182777290/sayaDariBlogCikBen jika nak order !

You May Also Like

5 comments

  1. heeeee, susah nak bahaskan. mmg kene wait n see jee lah

    BalasPadam
  2. pendapat tu macam ada betulnya juga, kalau kita rujuk kepada senario semasa.. wait and see then barulah ada 'action'.

    BalasPadam
  3. betul tu.. benda dah jadi baru ambil tindakan dan cari cara atasi.. tengok la akan datang, mesti akan berulang lagi.. harap2 x berlaku lagi la lps ni..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Ampunkan Dosaku
    2. Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

    BalasPadam
  4. Bab kecuaian camni memang akan jadi wait n see. Bab kata pepatah dah terantuk baru tergadah.

    BalasPadam