Pergi luar negara , bukan suruh shopping tapi buka mata dan bawa balik kebijaksanaan ke negara ni !

Aku suka gi Jepun dan Korea. Bukan sebab cantik jer tapi negara tu menitikberatkan bab bab keselamatan pekerja mereka. Tu yang aku nampak la. Yang tak nampak, aku tak boleh nak komen. Ada sekali tu aku ke Osaka... pekerja potong rumput. Perghhh.. dia punya keselamatan , jauh berbeza dengan negara kita ! Kat sini terdedah jer pada orang lalu lalang termasuk juga kenderaan. Kat sana ? Tu belum part buat renovation bangunan atau jalan raya.. Tu diaaaa aihhh.. Dasat woi ! 

Aku tak paham kat belah mana nak kata negara kita ni negara moden atau sedang ke arah kemodenan. Part keselamatan , hancur sama sekali ! Ala kadar jer ! Mentang mentang la bukan menteri atau anak anak mereka yang bekerja kat situ... Kira main amik mudah jer ! 

Di Sinar Harian bertarikh 13hb Februari 2018. Aku tak pelik ianya boleh berlaku sama sekali ! 


" ...hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang papan tanda atau kon dipasang ketika kerja-kerja pembersihan dibuat ".

Hurmm.... Tu belum lagi tengok lori lori bawak pasir atau batu batu ! Aduh.... mengerikan sungguh ! Aku dah pernah rasa dah. Aku jarakkan kereta aku dengan lori di hadapan. Batu batu kecil jatuh atas jalan raya dan ada yang terpelanting kena cermin. Hasilnya lumayan pak ! Retak kecil cermin aku tu. Nak mintak ganti kat sapa ??? 

Entah laa.. bagi aku laa... tak guna la jalan raya bertingkat atau ada kemudahan pengangkutan canggih tapi bab bab begini , jauh ketinggalan ! Rakyat bawahan ni umpama semut hitam jer. Hanya dipandang ketika PILIHANRAYA jer.. 

1 ulasan:

  1. Aspek keselamatan di negara kita ni memang tak cukup selamat, sebab tu kecuaian selalu berlaku.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.