Termenung memikirkannya ..


Memandang ke arah bangunan yang memberikan aku sejuta kenangan... Manis dan Pahit ! Bangunan yang mana aku sejak kecil impikan ingin bekerja di dalamnya dek kerana bangga dengan pencapaian pemimpin negara ketika itu.

Walaupun telinga ni mendengar pelbagai cerita yang tidak enak.. namun aku tidak mempercayainya. Aku tidak sama sekali endahkannya. Bagi aku segalanya adalah fitnah.. ketika itu. Sehinggalah , aku mengalaminya... merasainya... dan memahaminya.

Di usia 30an , barulah aku faham... kenapa dan mengapa. Begitu 'kotornya' mereka. Disangkakan mereka begitu bersih..jujur dan amanah ! Namun segalanya adalah lakonan semata mata. Demi kuasa, harta dan kepentingan peribadi , segala janji cumalah mainan kata kata pelembut jiwa.

Sang singa akhirnya terkulai layu. Berpuluh tahun merajai rimba , akhirnya dipandang hina oleh mereka yang pernah memujanya dulu... yang pernah menjadi anak muridnya. Aduh , begitu mudah sekali ! Kecewa aku.

Bayangkan... insan yang begitu besar jasanya... akhirnya sendirian. Meneruskan perjuangan demi anak bangsa.. demi negara ! Atas apa jua alasan sekali pun.. masih ada manusia yang memandang ke belakang...dan sebab itulah masih ada manusia yang menuding jari ke arahnya dan berkata.. ' Inilah pembalasan yang harus kau terima.' .

Entahlah... kadang kadang aku rasa , kemajuan yang kita capai cumalah luaran saja. Dalam kita , masih terlalu daif dan mundur ! Kita seolah olah kembali ke zaman purba !

3 ulasan:

  1. Betul tue abg, semua kerana kejujuran yang hilang...

    BalasPadam
  2. Itulah, bila di atas kita disanjung tapi bila dibawah kita dikutuk dan dicaci. Hurmmm!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.