Aplikasi IPC mudahkan aku ketika di IPC Shopping Centre !




Bang , nak makan kat mana ? Besar tempat ni. Macam macam restoran dan cafe ada.. ". Wife bersuara. Anak anak dah mula tunjuk perangai. Lapar la tu ! Aku keluarkan handphone aku dan buka aplikasi IPC yang aku download sebelum datang ke pusat membeli belah popular tu. 

Kenapa?

Aplikasi IPC Shopping Centre ini adalah lebih daripada sekadar aplikasi pusat membelibelah yang biasa. Aplikasi ini mempunyai ciriciri yang menarik iaitu “The Mood Menu” dan ia akan sync akaun Spotify anda untuk melihat mood pada waktu itu tersebut. Seperti kebanyakan orang lain, lagu yang Ben dengar bergantung pada perasaan atau mood. Jika aku berasa gembira, aku sering mendengar banyak lagu berkisar genre pop. Manakala, jika dalam keadaan tertekan dan sebagainya, aku akan mendengar lagu genre rock.

Dengan logik ini, IPC Shopping Centre telah berjaya dengan mencipta aplikasi menarik ini dengan fungsi “Mood Menu” yang boleh membantu pengguna membuat keputusanapa yang hendak dimakanlebih cepat dan mudah.  Akan tetapi, apa yang lebih menarik adalah bagaimana kreatif dan interaktif aplikasi ini secara keseluruhannya!

Mudah sangat guna aplikasi IPC ni. Macam guna peta tapi jauh lagi mudah. Tak perlu nak tanya kat kaunter pertanyaa untuk ke lokasi lokasi tertentu atau usung pamplet mencari premis yang kita nak. Download jer dan buka. Pastu ke kategori yang kita nak seperti Food And Beverages... untuk kes aku ni la.. 

Download aplikasi IPC  di..

Apple App Store: http://bdj.bz/IPCappIOS
Google Play Store: http://bdj.bz/IPCappAndroid




Kelebihan aplikasi ni lagi ialah tak perlu tercari cari lagi di mana letaknya tandas, kat mana Harvey Norman atau di mana laluan ke MRT atau juga dapatkan promosi member ! Klik je All Categories. Atau amik je Map View.

Senang kan ? Map dia pun mudah dibaca


 Atau List View.... 


Untuk fungsi “Mood Menu”, aku cubalah dengan mengintegrasikan app Spotify.
  


Wahtengok tu. Aku sangat “gembiradengan aplikasi ni yang memberi beberapa cadangan restoran kat IPC Shopping Centre yang bersesuaian dengan mood aku. Canggih dan menarik kan?

Nahh.. Maka di mana aku nak makan , dah senang dah ! Antara Absolute Thai atau Nando's. Dua dua ni memang kegemaran aku. Cuma ketika ni , aku bernafsu nak makan ayam golek ! Hehehehhe.. 

Maka.. Jom ke Nando's





Dengan adanya aplikasi IPC Shopping Centre “The Mood Menu”, aku boleh membuat keputusan dengan lebih cepat tanpa membuat isteri dan anak-anak tunggu dalam kelaparan.

Siap ! Anak anak pun tenang dah dapat makan. Tak perlu tercari cari lagi restoran. Segalanya di hujung jari dah ! Terbaik la IPC Shopping Centre. Wajar semua shopping mall tiru cara IPC ni.. Mudahkan pengunjung



13 ulasan:

  1. Bagus ada aplikasi macamni, memudahkan customer

    BalasPadam
  2. Bagus laa ada app camni, tak yah nak dok round cari mana laa peta kat situ kan

    BalasPadam
  3. wooow so convenient...sebab IPC ni besar dgn ada apps ni lagi mudah nak shopping... awesome

    BalasPadam
  4. senang kalau gini.. biasanya klau kt mall ni bkn hafal sangat pun tempat2 kedai makan and menu2 makanan yang ada . kalau macma ni senang,,, boleh tengok guna apps je

    BalasPadam
  5. Wahhh siap ada Apps, mudahlah nak cari kedai nak pergi. Tak perlu jalan² pusing² cari.

    BalasPadam
  6. Menarik gak bila ada aplikasi camni.. lebih senang dan memudahkan kita .. tak perlu susah payah tercari2..zaman kejar masa ni semua kena pantas ..

    BalasPadam
  7. bagus lah ada apps camni. tak la terkial2 nk cari kedai mkn

    BalasPadam
  8. Siap ada app lagi .. thorbaik

    BalasPadam
  9. bagus betul apps macam ni. Bagi pengunjung buat pertama kali datang ke sini, pasti tidak tersesat di dalam mall besar macam ni.Memudahkan serta menjimatkan masa..terus tuju tempat yang nak pergi itu. Dapat jimat tenaga juga..ehehe.Lagi lagi macam ina ni, nak kena angkut 3 orang anak..hoiii.Sangat mencabar

    BalasPadam
  10. ya...lebih mudah dan memudahkan para pengguna untuk mencari sesuatu

    BalasPadam
  11. wah menariknya aplikasi ni xde la menggagau cari tempat... nice sharing

    BalasPadam
  12. Power lahh. Senang tak laaa sesat nak pusing cari tandas ponn.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.