Diorang pedulik apa !

by - Khamis, Mac 08, 2018

Nasib baik aku beragama Islam. Islam melarang perbuatan tersebut. Aku percaya semua agama melarang perbuatan tu. Kalau tidak , rasanya lama dah aku bunuh diri ! Aku rasa , bukan aku sorang je ada perasaan gitu. Kenapa ? Aku hidup di dalam dunia yang sangat menakutkan. Maaf.. aku bukanlah nak kata aku berniat nak bunuh diri. Celik celik mata , baca berita.. aduh , macam macam ! Menakutkan. Dari orang bawahan hinggalah atasan. Dari yang miskin hinggalah yang kaya. Berpangkat atau tidak , tak jamin perangainya seperti punya pegangan agama. 

Sampai satu tahap , aku dah tak nak baca apa apa dah kat media sosial. Surat khabar apatah lagi. Dah tak tau mana betul mana tidak. Umpama zombie dah. Masing masing berebut nak membunuh dan makan daging. Tak kira la kawan , lawan.. jiran.. kenal atau tidak , bila nampak ada point untuk 'digigit' maka pakat pakat post dan jom gigit beramai ramai ! Apa syok masuk neraka sorang sorang kan ? Ramai ramai la baru best.. gitewwww


Drama aksi bersiri , The Walking Dead kembali bersambung.  Zombie tidak lagi menakutkan penonton. Tetapi persengketaan manusia menjadi topik mereka. Dendam yang tiada kesudahan. Siapa yang jadi mangsa ? Begitulah juga dengan kita... Kita rasa kita dah cukup power tapi kita terlupa yang kita bakal ada anak cucu..Apakah mereka akan mewarisi power kita ? 

Aku dah berblog lebih 9 tahun. Topik yang jadi kegemaran pembaca ialah kontroversi. Bila post bab ni , trafik akan naik melambung ! Komen berduyun. Seronok pakat beri pendapat masing masing yang berdasarkan gambar / video atau kenyataan seseorang ! Nah , masa ni semua jadi hero atau nak berlagak profesor gitu. Aduh.... 

Betul atau tidak cerita di bawah ni.. hadamkanlah sendiri ! 


Tak abis... boleh sambung baca di SINI . Dah abis baca , boleh sambung membawang di timeline sapa sapa atau status mana mana artis yang viral hari ni ! Jom pakat pakat makan daging mereka. 

You May Also Like

1 comments

  1. Bosan sangat dengan FB sekarang, banyak sangat isu kata mengata sana sini.

    BalasPadam