Double Tree by Hilton Kuala Lumpur dengan Masakan Ibunda di Ramadan ini !

Yer.. aku dah gi rasa dah baru baru ni preview Ramadan di Hilton Kuala Lumpur. Kalau korang tanya aku , sedap ke tak ? Confirm la aku jawab sedap ! Dah makan free... sedap laa ! Kan , kan ? Tapi serius , makanan di Hilton ni memang tak pernah mengecewakan aku. Memang senantiasa menepati selera tekak aku. 
Ok... bagi pengemar makanan yang sedap sedap , nahhh.. sila letakkan Hilton Kuala Lumpur ni di dalam senarai wajib singgah berbuka di Ramadan nanti ! Haaaa.. jangan datang sorang sorang lak.. ajak kawan kawan sekali ! Berbaloi giler punyaaa.. 

Antara hidangan yang bakal menanti perut dan tekak korang ialah nasi Daging Berempah , Bubur Lmbuk Daging , Gulai Ayam Pedas, Rendang Peha Kambing , Kari Daging Berkentang , Sotong Tumis Kunyit , Udang Harimau Masak Lemak Tempoyak , Ikan Masak Asam Pedas , Sambal Goreng Jawa , Labu Kuning Masak Lemak Putih , Bayam Tumis Ikan Bilis. Itu yang main course la.. 

Gabungan Kerabu yang sedap seperti Kerabu Tempe Goreng dengan Daun Selom , Kerabu Hati Ayam dengan Kacang Panjang , Urap Selom dengan Serunding Kelapa , Kerabu Ayam ala Siam. Ada juga ulam ulaman serta koleksi sambal belacan seperti sambal belacan pucuk nenas , budu dan cencalok.

Ala hidangan Buffet Ramadan Pasar Malam akan menyajikan Kambing Golek , Sup Kawah Meletop , Ayam Penyet Belada , Char Kuaw Tiew Kerang Basah , Crispy Apam Balik , Ikan Bakar Daun Pisang , Noodle Station dan Satay. 

Dan kat sana nanti ada juga masakan India yang original yer ! Haaa... power power punya ! Ada Hot Tandoor Counter  dan menyajikan chicken tandoori , fish tikka , lamb kebab dan masakan street indian cuisine seperti naan bread , roti canai , roti sardin dan roti telur. 




Harga berbeza tauuu.. Ikut minggu gitu. Nah , aku kasi senarai harga supaya korang boleh bersedia dari sekarang.. Haahahah... 

Tempahan awal : Waktu tempahan bermula 15hb April - 15hb May 2018 : RM128 nett 
Minggu pertama bermula dari 17hb May - 23hb May 2018 :  Bermula dari RM148 nett
Minggu kedua dan ketiga bermula dari 24hb May - 7hb Jun 2018 : Bermula dari RM158 nett
Minggu ke empat bermula dari 8hb Jun - 14hb Jun 2018 : Bermula dari RM148 nett

Untuk tempahan, sila telefon ke +03 2172 7272 atau lawati www.flavoursbydoubletreekl.com .


10 ulasan:

  1. Saya dah makan sini, memang terbaik. Muzik pun tenang.

    BalasPadam
  2. rugi x dpt join hukhuk.. sedapnya

    BalasPadam
  3. Adoii terus teringat balik sedapnya makan hari tu, terliuq!

    BalasPadam
  4. Tengok rupa makanan pun dah nampak sedapnya tu

    BalasPadam
  5. Semua nampak menyelerakan .

    BalasPadam
  6. woooow menariknya makanan India ori... awesome lah...

    BalasPadam
  7. best yer kalau dapat berbuka kat sini nanti

    BalasPadam
  8. awesome lah. buat semuanya nampak terliur dan menyelerakan.

    http://cikza.com/

    BalasPadam
  9. Banyak betul pilihan menunya, setimpal dengan harga.

    BalasPadam
  10. Pernah organize sesi buka puasa ofis kat sini.. Makanan dia mmg sedap sedap..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.