Kawal emosi bila didik anak !

Terbaca berita mengenai suami penyanyi terkenal dihadapkan ke mahkamah dek atas tuduhan dera anak. Tercari gak di mana dan apa yang dilakukan sang ayah pada anak kesayangannya. Hurm... si ibu tak nak komen apa apa. Serah pada mahkamah. Tu je aku boleh ulas sebab aku risau ulasan aku tak tepat..

Aku ada 3 orang anak. Masing masing masih kecik. Yang si sulung , dah berakal sedikit.Alhamdulillah. Nampak macam mudah nak didik. Tapi bukan dengan aku la.. Ngan aku , diayam-ayamkan jer. Bila aku marah , merajuk masuk bilik. Ngan maknya, mudah belaka !  Kena gi pujuk semula. Cakap baik baik...peluk.. cium dahi... baru ok ! Huhuh.. 

Zahra, jenis pandai main psikologi ngan aku. Kalau aku cakap keras , dia buat bodoh. Kena cakap lembut lembut jer. Mengundang amarah ? Hurm.. sebenarnya tak pun.. mudah jer. Kena didik dan terangkan betul betul... tunjuk contoh dan diorang ikut.

Aariz ? Dan nak masuk 2 tahun.. nampaknya dia ni mencabar sedikit tapi dah makin mudah nak ajar dia. Kadang kadang dia saja suka provoke.. Sesekali aku 'babap' tangan dia... saja nak tengok reaksi dia. Merajuk , cari mak dia. Si kakak akan bela dia. Abang , tengok jer.. tapi simpan dulu. Dia tunggu aku cool dulu baru dia kembalikan laporan pada aku..

" Daddy pukul Aariz tadi kenapa ? Dia kan baby lagi ? ". Biasanya gitu laa...


Tak perlu rotan rotan. Kita kena tunjuk contoh dari awal lagi. Diorang pon reti tertekan gak. Hujung minggu , luangkan masa dengan mereka. Bawak berjalan ke rumah sepupu. main sesama mereka.. bawak beriadah mana mana... barulah diorang sendiri hormat dengan kita.. 

Dan paling penting.. pasangan kita kena bijak baca emosi kita. Bila kita dalam mood tak bagus , minta pasangan cepat cepat take over ! Jangan bagi amarah menguasai diri bila bersama anak anak. Bahaya sangat tu. Jangan menyesal selepas melakukan sesuatu di luar kawalan. 

6 ulasan:

  1. Akhir zaman..banyak yang terlihat..rata-ratanya membabitkan hati..emosi.Berbalik pada akarnya,niat tidak menghalalkan cara tapi kalau kena caranya insyaAllah masalah boleh di atasi.Ada kawan-kawan PC menggunakan pendekatan rotan,ada yang cukup memberi teguran dengan bahasa yang sopan dan ada juga dengan lirikan mata anak memahami ibu ayahnya sedang menegur dah marah.

    BalasPadam
  2. Stujuu sangat2... sesekali kalau anak buat akal tu dia nak perhatian kita sebenarnya..

    BalasPadam
  3. Pendek kata... pasangan kena main peranan.Tak boleh sebelah pihak jer yang menjaga anak2.. berdasarkan kes pukul anak tu

    BalasPadam
  4. zaman sekarang penuh beremosi, drama sekarang pun banyak ganas-ganas. kena bersabar didik anak yang masih kecik ni, depa masih "copy paste" apa yang depa tengok.

    BalasPadam
  5. Betul tu, pukul dan marah anak ni kena ada batasan. Jangan terlalu ikut emosi.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.