Murah rupanya di Me'nate Steak Hub !

Adik dan abang aku nak open table. Dia tanya aku mana restoran yang best nak gi. Aku beri beberapa pilihan dan akhirnya mereka memilih nak ke Menate sebab nak makan makanan ala western dan mudah untuk hadle anak anak kecil. 

Maka malam tadi , gerak la 3 keluarga ke sana. Bagus kat sini ,parking mudah ! Maklumlah , kena bayar. Oh ya , terletak di sebelah Setapak Central. Aku suka gi sini sebab besar dan selesa. Cawangan lain, er... aku tak tau. Heeee... 

Ternyata pilihan diorang tak salah ! Kakitangan sini amat ramah walaupun di kala ramai pelanggan ! Dan mereka juga mesra kanak kanak. Tak da la nak tarik muka bila nampak ada kanak kanak berkeliaran ke sana sini. Bagus ! Aku rasa Menate ni confirm penuh bila Ramadan nanti. 

Order makanan. Cepat sampai. Tak tunggu lama pun ! Sampai situ dalam jam 9 malam dan settle dalam 11 malam. Makan, macam macam ! Aku rasa mesti kena dekat RM700-800 atau lebih. Hahahaa.. sekali tengok bil , baru RM599 ! Bayangkan 12 orang makan.  Orang dewasa 7 orang , kanak kanak 7 orang. Setiap seorang ada order. Nah , ok la kan ? 

Antara yang diorder semalam... dan memang berbaloi ! Menariknya , air percuma ! Nah , minum sampai pengsan. Hahahaha.. Kecuali air air tertentu la.. 





Nasihat aku , kalau nak datang beramai ramai.. buat tempahan meja dulu. Takut penuh terutamanya jika esok ada cuti.. Hee... Jangan risau , di menu ada harga. Boleh pilih ikut kemampuan ! 


2 ulasan:

  1. Alaaa terbayang2 plak kesedapan menate

    BalasPadam
  2. Fuhhh terliur tengok, kena pergi makan kat sana ni. Harga pun ok, takdelah mahal sangat.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.