Nak pergi gym tapi malu...

by - Rabu, Mac 28, 2018

Hurm... Ada kawan mesej di Instagram. Mintak panduan mengenai workout di rumah atau home workout. Secara jujurnya, aku bukanlah insan yang tepat untuk bertanya. Aku punya ilmu terlalu cetek walaupun dah berpuluh tahun keluar masuk gym.. Hee.. aku start pada usia 22 tahun. Sekarang dah 42. Hee... yer , aku tau ! Nampak macam 30 an je kan ? Haaa... Tak pe. Tak yah puji. Hahaha..

Teringat aku ketika mula mula nak pergi gym dulu. Dalam kepala aku , mesti bapak bapak dinasour dalam tu. Aku lak spesis badak berendam. Malu aihhh. Tu sangkaan aku la. Aku bertanya pada rakan rakan yang pernah gi gym di kawasan perumahan aku mengenai prosedur atau protokol untuk masuk ke gym. Tapi sebelum aku masuk tu , aku buat persediaan seperti bersenam di rumah terlebih dahulu untuk beberapa bulan. Kang malu lak bila masuk gym. Hahahaha.. Tu sangkaan aku la. 

Dan aku masuk buat pertama kali. Segala sangkaan aku meleset ! Apa yang perlu kita buat bila masuk ke gym ialah dapatkan ilmu mengenai alatan yang hendak kita guna. Kalau tak tau , sila bertanya. Biarlah mereka senyum kambing pada kita atau pandang sinis. Yang penting ilmu yang diperolehi. Kemudian dengan info tu , sila dapatkan lagi maklumat di Internet. Teknik , cara yang betul menggunakan alatan. Ini penting untuk elak dari kerosakan alat atau kecederaan pada diri sendiri mahupun orang lain di dalam gym. 




Tak perlu malu bila masuk gym. Korang bayar ! Bukan curi masuk. Jika ada duit banyak , amiklah jurulatih di dalam tu. Mintak tunjuk ajar untuk beberapa bulan. Kalau takda , cari partner dan join sama mereka. Mulakan dari asas. Tak perlu terkejar kejar dan kurangkan tengok cermin atau bandingkan dengan orang lama dalam tu. Nanti akan patah semangat ! Hahahah.. 

Yang penting.. niat ke gym tu kena betul. Kena disiplin, sabar dan fokus pada kesihatan. Jika salah 'asuhan' boleh rosak badan. Maka berhati hati je la yer.. 


You May Also Like

4 comments

  1. Bersungguh...bersemangat..berterusan...insyaAllah nampak hasilnya.

    BalasPadam
  2. Seronok pergi gym ni kalau kita dah tahu nak guna alat² dalam tu kan?

    BalasPadam
  3. Alahai , kenapa nak malu. Pergi fokus pada apa nak di buat kind of workout je. Kisahkanlah manusia lain sekeliling. Kalau Ty , kt rumah memang liat la. Tapi nak workout mind set sendiri sebenarnya, yet nak lebih bersemangat kena ada atleast 1 kawan untuk dijadikan buddy workout.

    BalasPadam
  4. itulah..tak bole semborono aje masuk gym.Itu satu hal.

    BalasPadam