Sekolah di Putrajaya khas untuk penduduk Putrajaya saja ?



Fuh..terkedu jap bila baca notis ni ! Huhuh.. Nampak seorang kawan up isu ni di Facebook. Terus aku bagitau wife. Qhaliff dah buat permohonan untuk bersekolah di sana , tahun depan. Ye lah , dah alang alang mak dia ulang alik Sepang- Putrajaya . Takkan nak sekolah kat Sepang lak kot ?  

Kalau ada yang kata.. orang lain boleh , napa aku tidak ? Jawapannya ialah kos dan masa ! Nak suruh aku antar ? Nak guna dua kereta sehari ? Atau kenapa tak amik van sekolah jer ? Bukankah itu juga kos ? Kena paham.. yang kerja tetap sekarang ni , wife aku jer. Aku ni , kais pagi makan pagi. Kalau masyuk sangat , aku antar dah ke sekolah swasta jer.. lagi senang ! Dan jika aku ada job/event , camana nak hantar dan amik ? 

Teringat seorang kawan bercerita.. dia juga seorang guru di sekolahnya. Katanya setiap hari dia menyaksikan murid murid tahun 1 selepas sekolah ( sesi pagi ) bersiap untuk ke sekolah KAFA lak. Mereka melakukannya sendirian. Ok la.. belajar berdikari. Kemudian berjalan kaki ke sekolah KAFA lak.. Mereka kena keluar dari sekolah untuk sekolah KAFA. Nampak tak bahaya kat situ ? Nak usung baju sekolah... beg sekolah harian dan beg sekolah KAFA lagi ! Nahhh..

Jika ibu mereka bekerja berhampiran.. mereka boleh tolong sehingga anak mereka benar benar mampu menguruskan diri sendiri. Dan yang paling utama , di pejabat.. mereka tak hilang fokus ! Faham tak ni ? Haaa... 

Maka.. mintak pihak berkaitan beri kelonggaran pada penjawat awam yang bekerja di Putrajaya untuk sekolahkan anak mereka di sekolah sekitar Putrajaya.  

9 ulasan:

  1. kadang tak paham motif limitkan student yg tinggal dekat putrajaya jer, bukan semua yg tinggal dkat putrajaya tu masih bersekolah.

    BalasPadam
  2. Tidak setuju sama sekali hanya dibuka untuk warga Putrajaya. Nak bagi anak-anak pergi sekolah agama sendiri...tidak sanggup.. sejak anak-anak sekolah agama, kami bergilir-gilir balik tengahari untuk hantar anak.

    BalasPadam
  3. Ya Allah! faham sangat situasi ni ben...anak juju sebaya dgn ank ben...mmg fokus di pejabat kena baik dan sekolah anak punya urusan pun kena baik...kalau tak nanti hati dan otak fikir anak...sian ooo harap dpt la buat rayuan ats sebab tertentu.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum abg ben. boleh kot buat rayuan. yang bukan warganegara pun boleh mintak sekolah.. kalau kenal or boleh direct dengan gb terus lagi bagus abg ben. just pandangan je la.. semoga urusan abg ben sekeluarga dipermudahkan

    BalasPadam
  5. Saya rasa memang patut kerajaan benarkan sekolah2 di Puyrajaya untuk orang2 yang bekerja di area Putrajaya. Sebab bukan semua yang kerja kat Putrajaya duduk dalam Putrajaya. Kesian kat parents nak uruskan anak-anak kalau anak skolah di luar Putrajaya. Saya ada ramai kawan stay kat KL tapi keje kat Putrajaya, anak-anak diaorang sekolah kat Putrajaya, so banyak lah juga bonding time antara parents - anak tu. Masa tengahari pun boleh keluar ngan anak pergi lunch sama-sama..

    BalasPadam
  6. aben.. nt minta bil letrik sape2 yg beralamat putrajaya masa submit dokumen kt sekolah.. mmg dorg akan bagi sek yg dekat dengan alamat yg kita bagi.. klu nk tuka alamat, better tuka dr skrg..

    BalasPadam
  7. Makin susah nak masukkan anak ke sekolah sekarang, hurmmm!

    BalasPadam
  8. Sakit jantung dengar berita tu....keputusan yang berat sebelah....diorg xfikir ke macam mana wujudnya Putrajaya ni...?? mst la dr pejabat kerajaan yg ada kat sini..dan berapa ramai penjawat awam yg ada tapi xddk Putrajaya...sekarang pulak nak fokuskan pada penduduk je...unfair la....kita rumah jauh...nak kena keluar duit uruskan van anak...transit..pulak..$$$....yang dh mmg beli rumah putrajaya xpe la mmg betul penduduk..yg penduduk ddk kuarters tu aku jeles sikit....rumah dekat,myk bpe sen seminggu,,, pon dpt kelebihan mcm2.. tp kita penjawat awam bekerja di Putrajaya tapi xddk Putrajaya ni x dipandang pulak haknya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun mangsa keadaan. Keje putrajaya rumah bersebelaha putrajaya 4km je. Tp anak x layak mohon sekolah putrajaya. Mohon kuarters dr tahun 2015 x sampai2 angka giliran lg

      Padam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.