Tak risau eh penyakit kencing manis ?

by - Sabtu, Mac 31, 2018

Gile ahhh.. macam macam ada ! Terliur aku melihatnya. Ada kata sedap. Ada yang kata ala ala jer. Ada yang kata nampak jee cun tapi... Segalanya terpulang pada orang yang buat dan juga tekak yang menelannya. 

Aku penggemar air Milo dari dulu hingga sekarang. Sekotak air milo  dah cukup manis buat aku. Ditambah lagi aku sekarang ni pun dah berusia melebihi 40 tahun , maka aku kena hati hati dengan pengambilan pemakanan aku. Bukan la nak kira kalori berapa berapa tapi masin , berminyak dan manis adalah yang perlu aku hindari.

Bukan apa , sekarang ni kita tengok.. ada anak anak kecik dah ada pun masalah dengan obesiti dan juga diabetis ! Cuba google kalau tak percaya. Malas ? Sekati ler ! Hahaha.. Aku nasihatkan jer. Jangan dah singgah nanti , naya wooo ! Aku dah pernah rasa camana obesiti ni ! Dulu aku antu makan nasi kandar dan minum manis seperti Coke dan air coklat ! Makan coklat bar tu , jangan cakap laa.. memang boleh abis dalam masa 5 minit jer ! Huhuhuh... Berat melebih 100kg ++ !  

Sekarang viral minuman berasaskan Milo dan coklat. Aduhhh.... takutnya aku tengok ! Sedap tu , sedap laa.. Kalau korang kaki bersenam atau badan punya metabolisma yang tinggi , ok la kot. Lepas minum tu , kasi workout atau bersenam tanpa henti 3 hari berturut turut ! Hahahaha.. aku tak tau beraapa kalori setiap minuman tu tapi yang pastinya , lepas minum confirm akan bertenaga seperti Hulk ! 

Ada satu video terbaru yang memaparkan pembuatan air milo special. Tambahannya tu memang mengiurkan. Kalau aku muda lagi , confirm terpikat ! Nasib baik aku dah tua.. Kelihatan sedap dan menarik tapi berpada padalah bila minum.. sekadar nasihat ! 

Aku bukan berniat nak menjatuhkan bisnes sapa sapa yer ! Aku sekadar mengambil tanggungjawab mengingatkan kawan kawan supaya jaga kesihatan. Aku dah tengok sedara mara aku kena potong kaki dek kerana kencing manis. Kesian. Menyesal pun ada selepas tu. 

Dan buat para peniaga.. duit tu memang penting. Aku tau... tapi cuba ada rasa bertanggungjawab juga. Juallah makanan dan minuman yang memberi khasiat pada pelanggan anda. Kita ada bahagian masing masing. Bertimbang rasa dan jangan kejar untung saja. 

Bagi mereka yang kaki makan... sila seimbangkan kehidupan anda yer. Banyakkan bersenam dan rajin rajn buat pemeriksaan doktor yer. Jangan sampai kesihatan kita lari . Masa tu nak menyesal , tiada guna lagi ! Dan perlu tau , bila kita sakit.. kita akan sendirian ! 

Nak letak gambar... tapi risau lak kena saman atau dituduh menjatuhkan perniagaan orang. Biasa laaa kan ? Bukan semua insan boleh ditegur ! 

Iklan sat.. Kurang gula woo! 

You May Also Like

7 comments

  1. Sederhana PC rasa memadai...termasuklah bila menikmati makanan atau minuman.

    BalasPadam
  2. semakin tua..

    semakin menjaga pemakanan agar kita sentiasa sihat hingga akhir hayat.

    BalasPadam
  3. nasiblah tak terliur langsung dengan makanan Viral yang mampu memgundang 1001 jnis penyakit.Tapi terliur lah dengan Lazz ni..

    BalasPadam
  4. Setuju sangat. Kesedaran masyarakat masih rendah tentang isu bahaya minuman manis ni. Minum sekali xpe, takut addicted gula.

    BalasPadam
  5. Saya mmg tak minat air milo dan takde rasa nak mencuba pun.

    BalasPadam
  6. semakin berusia kena lbh jaga kesihatan..bagi anak-anak2 kenalah had pngambilan bnda2 manis ni. air masak penting..

    BalasPadam
  7. Tak sanggup aihhh nak beli ais milo kepal tu, mesti manis sangat. Nasib jenis tak terliur dengan makanan camtu!

    BalasPadam