Apa beza basikal lajak dengan yang terlajak bijak ?

Fuh... bila sebut basikal lajak , terus mata sepet masing masing ! Terbayang karenah anak anak kecik bermain basikal lajak di jalan raya. Sangat merbahaya ! Dia punya posing serupa jalan raya tu dia bayar road tax untuk 30 tahun ! 

Itu budak budak. Bagaimana pula dengan bapak budak atau abang kepada budak budak yang bermain basikal tapi tak ikut peraturan yang sepatutnya ? Nah.... di Putrajaya , ini kali kedua aku up isu ni. Menurut seorang rakan di Facebook , tindakan ada dibuat tapi masih ada yang tak endah. Tunggu ada yang dilanggar beramai ramai kot ? Bukanlah aku mintak tapi serupa macam dah jadi resam di negara kita.. tunggu ada yang jadi mangsa secara berjemaah , baru nak buat kajian ! Kajian ! Diulangi , kajian ! 

Penguatkuasaan pun tak tegas sangat bila melibatkan basikal ni. Mintak tolong laaaa perketatkan terutama sebelah malam. Walaupun ada yang guna lampu tapi demi keselamatan terutama berbasikal dengan keluarga , pakailah baju yang boleh memantul cahaya atau yang cerah. Tak perlu nak berfesyen sangat ketika berbasikal. Janji keluar peluh dah. Keselamatan perlu diutamakan. 

Jangan biarkan tragedi ini berulang.

Aku tau.. ada yang berbasikal ni 'bukan calang calang' orang tapi jangan lupa yang memandu kereta atau kenderaan beroda ni pun ' bukan calang calang' juga. Kena yang spesis 'terleka' atau 'tercuai' .. aku tak dapat bayangkan apa nasib yang bakal menimpa ! Ketika tu , menyesal pun tiada guna lagi. 

Sekadar nasihat demi keselamatan semua. 'Sepower' mana pon kita.. malang tak berbau ! Maka kita sama sama jaga keselamatan terutama di jalan raya. 


3 ulasan:

  1. Bila apa yang telah berlaku dipandang sepi...ianya akan terus berulang.Lagi dan lagi.

    BalasPadam
  2. Pelik kan, kenapalah ibu bapa biarkan anak² main basikal sesuka hati kat jalanraya. Siang takpe lagilah, yang tengah malam tu. Alahai bahayanya!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.