Aplikasi Bahasa Malaysia yang Zahra dan Qhaliff gunakan di tablet.

Ada banyak aplikasi yang bagus bagus khas untuk anak kecil di Google Play Store. Walaupun ada yang tak gemar berikan tablet atau telefon pintar pada anak anak , bagi aku.. bagi aku laaa... sedikit pendedahan tu penting agar mereka tidak alami kejutan budaya bila berada di rumah atau tempat orang. Yang tak bagusnya ialah dengan membiarkan mereka tanpa kawalan lebih lagi bermain games atau melayari Youtube. 

Di rumah , telefon pintar dan tablet memang ada sorang satu untuk Qhaliff dan Zahra. Aku letak terbiar jer. Mereka nak main , ada masa masanya dan terhad. Mereka tidak taksub dengan telefon pintar. Kalau ada permainan , mereka akan bermain. Kalau ada cerita menarik , mereka akan menonton. Kalau suruh membaca , mereka membaca.. Biasanya ibu mereka beri 5 minit saja untuk mereka.  Buku adalah keutamaan ! 

Siang tadi.. aku ada post video Zahra dan Aariz layan aplikasi mengeja di tablet. Ada rakan rakan bertanya apakah aplikasi tersebut. Meh aku kongsikan yer.. Di Play Store , search jer Mari Mengeja.. Nanti akan jumpa dua aplikasi dari Didik Manja. Muat turun jer kedua duanya. 

Bagi aku , Qhaliff yang dah masuk pra sekolah pon suka aplikasi ni. Tapi jangan tekankan sangat yer. Jangan terlalu lama sebab mereka akan mudah bosan. 





Nah... siap ! Selamat 'bermain' bersama sama.. syok layan anak anak dengan aplikasi ni ! Heee..

6 ulasan:

  1. tq aben,nak bg kat anak sdara lah heheee

    BalasPadam
  2. haaa tengok kat fb semalam zahra duk baca

    BalasPadam
  3. ohh,bagus juga yer ada apps macam ni.

    BalasPadam
  4. Ok nak install jugak untuk anak.

    BalasPadam
  5. Bagus jugak untuk tingkatkan kosa kata ni..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.