Bergaduh kerana berlainan parti politik ?

Di media sosial , belum rancak lagi rakan rakan berkempen. Masing masing mungkin lebih pada bersifat 'menyembunyi' atau risau melakukan kesalahan tanpa disedari. Aku , mungkin ada yang kata aku lantang tapi sebenarnya aku menyuarakan pendapat aku yang mana dah tiba masanya aku suarakan... secara berhemah. Yer , aku tak perlu buat khemah atau mandi wajib depan mana mana pusat sehenti parti politk.. Guna je medium yang aku rasakan sesuai dan layak untuk aku... Facebook dan blog. 

Berkempen tak semestinya aku adalah ahli parti politik yer ! Aku memilih yang mana aku rasakan layak bagi aku. Jika ada rakan rakan turut melakukan begitu , aku tidak sama sekali menganggu wall atau Timeline mereka. Itu hak mereka untuk suarakan pendapat mereka. 

Sayangnya... ada kawan di Facebook panas punggungnya. Tak boleh terima ? Hurm... Tak pe la. Bagi aku mungkin dia belum matang dalam soal ni. Agak emosi mungkin ? Heee.. Camana aku tau ? Mudah jer... Aku ada 5000 Followers. Tepat. Tapi hari ni , 3 status aku berkaitan politik di up ! 

4 orang telah UNFRIEND aku. Harap aku bukanlah terdiri dari awek yg cun la..Hilang seri kalau awek cun yang UNFRIEND. Hahahahaa.... 

Apa pun.. aku tak kisah. Hak masing masing. Aku menyatakan pendirian aku berdasarkan pengalaman hidup. Bukan dengar cerita orang atau baca dari media sosial. Yer , aku sedang alami kesukaran dalam kehidupan seharian. Belanja dapur tidak lagi semurah dulu. Malah aku bercadang untuk batalkan Takaful perlindungan buat aku. Memadai anak anak dan isteri saja ada. Tak pe laa... Bila ekonomi dah stabil... aku amik semula pelan perlindungan tersebut. Semakin tak mampu nak bayar. 

Aku dah luah segala apa yang aku rasa di Facebook. Di blog , rasa aku tak perlu lagi buat masa sekarang. Heeee... 


1 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.