Daddy, pasangkan itu Lego!!


Stress aku bila Qhaliff suh pasangkan malam tadi. Dengan penatnya yg belum hilang akibat perjalanan jauh, meronda dlm Legoland lagi serta dukung Aariz di malam hari mencari makan malam.. Aku disuruhnya pasang jam 11 malam??? Oh noooo.. Hahahaaa.. Tak larat daddy , Qhaliff oiii..

Dan pagi tadi.. Di kala Aariz, The Giant masih tidur.. Aku ngan Qhaliff pasang. Ketika melihat bahan bahan kecil tu.. Aku kembali stress!! Aku benci aihhh nak fikirkan semua ni tapi entah camana.. Aku tetap pasangkan. Mungkin sebab aku ni seorang ayah dan tak nak hampakan anak sendiri..

Alhamdulillah.. Siap pun!!

Mudah je kalau ikut arahan. Tak susah mana pon. Mau sabar dan cekal. Hilang stress layan ni kan? Apaaa? Beli lagi??  Ehh.. Tak peee.. Tak peee.. Hahahaaa.. Lain bulan lak yer. Daddy nak berkempen pilihanraya ni. Heee.. 

4 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.