Di mana anak korang , malam malam begini?

by - Isnin, April 09, 2018

Jumaat lepas, aku ke MITEC dengan menggunakan Grab. Ini pertama kali aku gunakan Grab. Sebelum ni , aku memilih Uber. Bagi aku , Uber lebih user friendly. Bagi aku laaa.. Korang , aku tak tau la.. hahaha.. Tapi ok gak la Grab ni. Cepat jugak dapat. 

Dalam 5 minit , sampai. Myvi. Dipandu oleh seorang lelaki berbangsa cina dan berusia sekitar 50an. Aku , seperti biasa.. tak suka duduk diam dalam kereta atau nak layan lagu. Aku suka berbual. Dengan berbual , aku akan dapat pelbagai jenis infomasi terutama dari mereka yang bergaul dengan ramai orang ! 

Aku tanya dia... boleh dikatakan soalan peribadi juga tetapi dia menjawabnya tanpa selindung. Mengenai keluarganya.. perkahwinannya dan bila masuk bab anak , di sini segalanya bermula. Yer , aku tau... aku membesar di Cheras. Dulu Cheras ni dilabelkan dengan Black Area. Kawasan gengster, gaduh , dadah,  lumba motor dan pelbagai lagi. Nasib baik aku 'selamat'. Heee... 

Dia cerita pada aku mengenai anak lelakinya yang berusia 20an yang kini berada di Singapura. Bekerja di sana. Sebelum ni , dia kutu ! Kaki lumba motor sehinggalah dia mengalami kemalangan. Sejak dari tu la dia insaf dan pindah ke Singapura. 

Kemudian dia sambung lagi. Di kawasan flat dia , ada masalah sosial yang sangat mendukacitakan. Oh , sebelum tu cerita pasal flat flat yang bakal diruntuhkan dan digantikan dengan apartment 40 tingkat ! Huhuhuh.. Aku geleng kepala jer. Terbayang akan masalah sosial yang bakal timbul. Sedangkan 4 tingkat pun dah macam macam masalah... Hurmm.. 

Menurutnya , sebelah malam di tempatnya.. ada ramai anak anak muda terutamanya masih bersekolah berkumpul di tempat letak motor dan juga padang bola yang gelap dan menghidu gam ! Terkejut aku. Yer, aku tau camana kesan bila menghidu gam. Aku ada rakan yang kaki hidu gam. Memang tunggang langgang hidup. Dari gam bertukar ke ganja. Pastu jual dadah ! Hurmm..

Gambar Hiasan 

" Tak buat report polis ke ? Atau Agensi Dadah ? ". Tanya aku. Dia mula membebel. Hahahaa.. Agak sensitif untuk menulisnya di sini. Heeee.. aku rasa korang pun dapat agak apa yang dibebelnya. Aku terkedu. Aku keluarkan telefon pintar. Memandangkan aku terlibat dengan team  media sosial AADK, aku nak dapatkan jawapan.  Terus aku buat panggilan ke seseorang. Dan sahabat tersebut memberi penerangan pada aku. Hurm.... Payah juga gini. 

Ok , part uncle tu dah selesai la. Sampai MiTec , dia turunkan aku. Cuma satu ayat yang terngiang di benak aku... Dan ianya cukup memalukan aku. 

" Yang menghidu tu... semua orang Melayu.. Islam ! Bukan cina.. bukan India !  ". Katanya. Apakah ibu bapa mereka tak tau ? Jawapan dia , mak bapak sibuk cari duit. Anak terbiar. Sapa nak tengokkan mereka ? Nak larang , nanti diorang rosakkan harta benda kita lak.. cam kereta ke.. motor ! Nah.. camana tu ? 

Buat pengetahuan korang... mereka yang menghidu gam ni , nak charge atas akta apa ? Haaa.. sebab tu amat sukar nak amik tindakan ke atas mereka. Kecuali jika mak bapak mereka sendiri yang amik tindakan dengan menghantar mereka untuk pemulihan ! Mak bapak kena mainkan peranan. Perhatikan tingkah laku , dengan sapa mereka berkawan , fizikal mereka kena pantau.. Jangan serah bulat bulat untuk mereka berdikari ! 

Malam.... jangan benarkan mereka keluar sebarangan. Senantiasa pastikan mereka diisi dengan nasihat dan kata kata positif. 

You May Also Like

9 comments

  1. selalu juga naik teksi/grab yang kebanyakan uncle chinese yg berusia ni memang rajin berkongsi cerita. Pasal hidu gam tu pula memang sangat merisaukan. ibu bapa pun skrg ramai yg sibuk bekerja smpai ada anak-anak yg terabai..

    BalasPadam
  2. Moga2 anak2 ni mendapat perhatian lebih drp ibubapa mereka.. duit blh cari anak2 kena jugak tengok2 kan .. bukan sibuk cari duit anak2 terbiar.

    BalasPadam
  3. org mcm ni, klu kita tego, masuk telinga kanan, kua telinga kiri. ibu bapa pun dorg x heran, apatah lg org luar. solution, polis kena ronda tiap2 mlm..

    BalasPadam
  4. Tanggungjawab sebagai mak ayah tak pernah terhenti. Terutama jika anak, semakin meningkat dewasa. Ambil tahu siapa kawan anak. Pantau aktiviti sekolah. Iya ke ada kelas tambahan? Nombor telefon cikgu terlibat perlu ada dalam simpanan. Mudah untuk spotcheck kehadiran anak. Pengaruh rakan sebaya memang kuat. Pegangan hidup anak kena kuat untuk tepis benda-benda negatif ni.

    BalasPadam
  5. Sedih & risau..moga i dapat besarkan anak anak dgn baik,moga tak terlibat dgn gejala tak sihat macam ni.

    BalasPadam
  6. itulah yang membimbangkan.Ibu bapa yang kena main peranan sebenarnya..jangan mengejar keduniaan,anak-anak terabai

    BalasPadam
  7. Semoga anak2 itu semua dapat kembali ke pangkal jalan..

    BalasPadam
  8. Sedih bila kenangkan anak orang Melayu yang banyak terlibat gejala sosial camni. Moga anak² kita terhindar dari terjebak dengan perkara camtu.

    BalasPadam
  9. Kadang berpunca dari kawan-kawan. Bila ditegur, mak bapak yang kena belasah. Dah tak boleh tegur.

    BalasPadam