Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018
Bagi mereka yang dah sedia maklum , sememangnya setiap tahun akan ada Jualan Barangan Raya di Putrajaya dan pastinya ianya menjadi tumpuan ramai terutama mereka yang berbajet sederhana. Yelah , murah murah je jualan kat sini..
Ok.. di sini aku nak war warkan mengenai Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018 yang bakal bertempat di Dataran Putrajaya , Presint 3. Sila ambil maklum dan war warkan terutama penduduk di sekitar Putrajaya dan juga yang bekerja di situ.. Heee... Best !
"Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban
tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA
2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan
objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan
budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada
usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap
kali tibanya Ramadan.
Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk
mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang
berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya
sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai
aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.
Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa
sebuah kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini,
penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta
akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez
Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti
Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti
terkenal tanahair.
Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam
penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama
selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi
kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk
akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis
iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.
Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai
daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain.
Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan
rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.
Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan
memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal
tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian,
penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra
dengan personaliti popular tanahair.
Untuk maklumat dan informasi
terkini, sila hubungi;
Unit Publisiti Jualan
Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018
(TEL: Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909) "
Yearghh.... Jangan lepaskan peluang ini eh !
6 comments
kalau dekat dah boleh pergi kan
BalasPadamWow best! Retis pun buka gerai juga ya ;)
BalasPadamterima kasih atas pemberitahuan ini ;)
BalasPadamBagus dia buat jualan camni seawal puasa, boleh buat persiapan awal.
BalasPadamwow..menarik
BalasPadamjauh jauh jauh dekat dah sampai dah
BalasPadam