Layan #HiTeaWithHilton , memang berbaloi !

Stress ! Nak menyendiri buat dua tiga jam. Teringat akan rakan aku bagitau yang Hilton ada menyediakan Hi Tea. Terus naik LRT ke Hilton Kuala Lumpur.  Lama dah tak berehat untuk diri sendiri. Asyik 'memaksa' diri bekerja dan 'bertugas'. Kena ada masa untuk diri sendiri. Kalau tak , boleh merosakkan diri sendiri.. kan kan ?

Di Hilton Kuala Lumpur , jam menunjukkan pukul 2 petang. Cari tempat menarik untuk 'menyendiri'. Jumpa. Permandangan yang cantik tapi penuh dengan kesibukan penduduknya. Jalanraya yang senantiasa penuh dengan kenderaan. Aku tersenyum. Aku duduk di sini dengan secawan kopi pekat bersama sama hidangan yang cukup menyelerakan ! 

Muka stress sebelum menjamu selera. 

Kurta ekslusif dari Adreana Rose


Bila tengok menu.. wow ! Memang biasa tengok tapi tak pernah makan ! Hehehee... Kali ni aku nak rasa semua. Apakah berbaloi dengan RM236 ni ! Huhuhuh... Aku harap berbaloi sama sekali sebabnya Hilton tak pernah menghampakan aku. Memang senantiasa menarik. 

Menariknya , Hi Tea dengan tema Chocoholics ni bermula pada 1 Mac lepas dan dah pun berakhir dalam tempoh sebulan. Kiranya aku bertuah dapat merasa la. Untuk bulan mendatang , aku tak pasti la apa temanya tapi yang pasti , mesti menarik punya.






Hehehehe... amacam ? Sedap tak ? Giler tak sedap. Kalau hantu coklat, mesti terliur punya laaa ! Dua jam aku lepak kat situ... aku balik rumah , terus ke gym ! Hahahaha.. Sedap sangat hingga sayang nak bakar semula tapi aku terpaksa juga. Tak peee.. nanti boleh pergi lagi Hi Tea di Hilton ! Huhuu... 

2 ulasan:

  1. sedap tp makan sorang is bosan. len kali hajak.. hahaha

    BalasPadam
  2. Perghhh mengancamlah, terliur tengok!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.