Sibuk benar suami isteri zaman sekarang..

Sewaktu bercinta, boleh dikatakan hari hari ada masa untuk berjumpa ! Seboleh bolehnya hari hari ! Kan ? Atau paling tidak pon sejam sekali call. Nah , sekarang pulak ada Whatsapp. Mampusss.. setiap saat antar mesej tanya khabar dan bertanya lokasi sedang berada. Risau keluar ke mana mana dan jadi apa apa ! Kononnya.. walhal nak periksa kot kot dating ngan orang lain ! Huhhh.. Gitulaaah adat bercinta. 

Bila dah berkawin dan punya anak ni.. fuh , payah tul nak dapat 'berdua' ! Kalau dua dua bekerja, malam baru dapat jumpa ! Isnin sampai Jumaat. Perghhh.. letih gitu ! Terasa berkawin sekadar untuk besarkan anak anak jer. Di mana hilangnya segala keserian masa bercinta tu ?

Hurmm.. nasib baik aku bijak ! Hahahaha.. Dalam seminggu , beberapa hari aku akan ajak wife ke rumah mak aku di Cheras. Dari Sepang nak ke Cheras akan amik masa dalam 45-50 minit. Dan di situlah aku amik masa untuk berbual dan bercerita mengenai aktiviti harian. Bukan apa , bila petang dia balik.. dia sibuk di dapur lak. Pastu malam , aku gi gym. Aku balik gym ,dia pon dah nak tidur. Anak anak pulak melekat ngan aku. Bila nak berbual ? Haaa... 

Cuma kalau nak ke Cheras tu , banyak pengorbanan kena buat la. Bangun seawal jam 4-5 pagi. Mandi, bersiap.. termasuk Qhaliff. Sian dia... Pastu dia boleh sambung tidur. Qhaliff sebab nak gi taska di Putrajaya. Kena terus bersiap la.. 

Segar mandi pagi pagi. Kalau tak keluar rumah , mau petang baru dapat mandi ! Hahahaaa

Dalam kereta , pelbagai topik dibuka. Bermanfaat la gak. Pagi pagi berbual dan berbincang. Cuma risiko banyak pada wife la. Sian dia. Seawal mana bangun pon mesti akan jadi lewat gak. Hurmm... kesannya 'merah' pada kehadiran. Tapi nak wat camana kan ? Terpaksa ! Kalau tidak , tidak ada komunikasi antara suami isteri. Nak tunggu Sabtu Ahad payah laaa.. Atau aku tak perlu gi gym ? Terus terang... memang aku pun malas tapi banyak risiko ! Pertama , aku akan berselera sangat bab makan. Kedua , banyak ngadap tv. Pastu penyakit malas kembali ! Hurmm... 

Gitulah.. Tapi bagi aku , ok la gini. Bila pagi dah keluar bersama.. malam pon akan balik bersama. Boleh gi makan malam sekali kan ? Kad kehadiran tu , merah tu lantak laaa... Bukan dia nak kejar APC pon. Janji dia buat kerja dia dah bila di pejabat. Ni ada yang datang on time pastu ghaib ! Tak guna gak. Huhhhh..

2 ulasan:

  1. ramaii orang xkejar APC pun tp bila khadiran asyik merah..dpt surat amaran..mmg akan effect pada keje.. tak semua org atasan faham dan tak mudah bg dorang utk terima alasan kita... kdg2 tersepit kat tengah2..

    BalasPadam
  2. Masa saya keje gomn dulu, saya tengok ada staff datang awal (punchkad tak pernah merah) tapi tak buat keje mana pun kat ofis, asyik duk baca surat kabar - ngadap internet - pastu gi lunch berjam-jam.. huhu.. Tapi Bos suka orang-orang mcm tu biarpun tak buat kerja.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.