Tercapai cita cita aku nak berguru dengan Tuan Zulkifli Ahmad dan Tuan Zamri Mohamad !




Alhamdulillah. Satu lagi kejayaan buat team #KBBA9 kerana berjaya kendalikan bengkel santai ni Pusat Penerangan Pelancongan atau Matic di Jalan Ampang. Satu bengkel yang sangat bermanfaat walaupun singkat. Peserta luar yang join bengkel ni pon mengakui walaupun singkat , mereka berjaya dapatkan maklumat atau input yang mereka inginkan. Ternyata tidak sia sia sama sekali ! 

Tuan Zulkifli dan Tuan Zamri yang mengendalikan bengkel ni penuh santai. Takda la nak formal bagai dan ianya memberi impak. Peserta pon lebih rileks dan banyak soal jawab dibuat. Semua berpuashati ! Berbaloi abiskan masa di hujung minggu. Tak la rugi gitu jer.. Ada yang berminat untuk terus dapatkan khidmat mereka bagi meneruskan cita cita jadi penulis ! Semoga berjaya.


Penulis novel genre seram yang laris bukunya, En Zulkifli Ahmad . Boleh ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti untuk berjumpa dengannya dan beli buku terbarunya yang bertajuk Mata Ketiga. 


Mereka yang beli novel di bengkel ni dapat tandatangan percuma ! Hahahaha. Bengkel dibuat di dalam bilik selesa dan tenang. Terima kasih pada Matic ! Nak makan pun tak perlu pergi jauh. Keluar je pintu leh dah menjamu selera. Tandas pun begitu juga. Air cond , tip top. Projektor , terbaik. Memang best laa.. Nanti boleh buat lagi bengkel kat sini. Heeehee.. 



 Tuan Zamri... Penulis buku umum, seorang yang sangat merendah diri walaupun penuh dengan ilmu  ! Tak mustahil nanti akan aku menuntut ilmu dengannya dan bergelar penulis. Nak cerita pasal apa ? Heee.. Tunggu ! 

Dan paling best sekali... hahahaha... sarapan pagi disediakan oleh Restoran Nelayan Ampang. Mereka ada servis katering. Boleh buat tempahan yer. Manakala makan tengahari , kitorang booking dengan Cafe Cerita Kambing ! Heee.. Dua dua menyelerakan ! Add Instagram mereka untuk tengok sendiri santapan yang menyelerakan dari mereka. Huhuh.. terliur jap aku . Hahahaha.. 

InshaAllah , akan ada bengkel lagi di kemudian hari. Menunggu masa jer. Antara dalam perancangan ialah bengkel editing video dengan menggunakan handphone dan juga self branding ! Nah, sapa kata tak berbaloi join Kelab Blogger Ben Ashaari ni ? Heee.. 

Terima kasih semua atas sokongan ! 




18 ulasan:

  1. Hope one day dapat join bengkel anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..harap2 dapat join bengkel yang seterusnya.

    BalasPadam
  3. yeszaaa....aktiviti anjuran #KBBA9 tak pernah mengecewakan ..Tq Aben & team KBBA9

    BalasPadam
  4. hope one day dapat join bengkel nie..bagus

    BalasPadam
  5. Rugi tak dapat join kali ni

    BalasPadam
  6. Best bengkel ni, banyak ilmu dapat semalam.

    BalasPadam
  7. Memang best sgt bengkel penulisan ni, banyak ilmu berguna. TQ aben & Kbba9 sbb anjurkan bengkel ni.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah... Bengkel yang sangat bermanfaat. Perkongsian ilmu yang cukup bermakna. Terima kasih KBBA9

    BalasPadam
  9. wahh..menarik la next bengkel. Moga dapat join juga soon.

    BalasPadam
  10. Alhamdhlillah dipermudahkan segala urusan.. harap2 pasni ada lagi.. kalau ada masa dan tarikh sesuai insyallah nak join jugak

    BalasPadam
  11. Tahniah kbba9. Bengkel2 ilmu sgt bermanfaat kpd peserta

    BalasPadam
  12. Fuuuh bestnya.. harap cita2 ben nak jadi penulis novel dimakbulkan

    BalasPadam
  13. kalau ade lagi bengkel penulisan macam ni kin nak join jugak :)

    BalasPadam
  14. bila lah lis ani lejh join sama yee

    BalasPadam
  15. Kalau ade rezeki blh join bengkel cenggini in the future..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.