Bila rakyat jelak dan bersuara !

Aku turun mengundi buat kali ke dua dalam sejarah hidup aku. Dulu aku tak nak mengundi sebab pemimpinnya ialah Tun Mahathir. Hahahaha... Selepas beliau bersara , di PRU 13.. aku turun dan memilih PKR.. bukan lagi BN ! Tiada lagi keyakinan pada BN selepas mengenali mereka , sebenarnya. 

Kalau arwah ayah aku ada , pastinya dia akan menitis airmata. Dia memang kuat berpolitik sewaktu  zaman mudanya. Tapi aku tidak. Aku lebih kepada mencari keadilan dan kesaksamaan saja. Tak berminat untuk 'berkawan dengan YB' sama sekali.


Sejarah berulang kembali. Teringat detik ketika Tun Mahathir menyatakan hasrat untuk bersara.  Wanita besi di sisiinya , Tan Sri Rafidah Aziz adalah antara yang menangis tanpa rasa segan silu. Dan kali ini , wanita besi itu kembali ke sisinya dan menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi. Aku terasa bahang kemenangan mula memihak kepada Tun M. Jangan pandang ringan orang orang lama termasuk Tan Sri Rais Yatim.

Semalam, di pusat membuang undi. Biasanya aku tak berminat untuk beratur panjang berjam jam lamanya. 


Tapi demi negara yang tercinta.. aku dan beratus lagi beratur di saat akhir dan teruskan 'perjuangan'. Buktikan suara rakyat bukanlah suara unggas di rimba tapi laungan singa singa yang sedang tidur di hutan rimba. 
Berbaloi.. 



Aku dan ramai lagi sahabat di media sosial bersengkang mata hingga hampir subuh hari menantikan detik bersejarah ini. Apalah sangat beberapa jam berbanding penantian bertahun lamanya utk tamatkan pemerintahan si unta padang pasir dan kuncu kuncunya. Huhh.. 

Apa agaknya nasib Najib dan isterinya selepas ini? Teringat aku pernah berdiri di belakang Tun M sewaktu menaiki ekslator di KLCC tanpa sebarang pengawal peribadi. MasyaAllah. Terasa auranya sangat kuat. Nak menegur segan. Apatah lagi nak bersalaman dgnnya. Jika Najib? Hurmmm.. Aku nak pandang mukanya pon aku tak lalu!!! 

9hb Mei 2018.. Tun M mencipta sejarahnya tersendiri. Bersama sama insan yang pernah menjadi 'lawannya', demi rakyat.. demi negara tercinta.. Dia kembali ke Putrajaya... Bandar yg diciptanya.. Sebagai PERDANA MENTERI!


Moga keadilan kembali tertegak di negara ini. Jadilah pemimpin yg benar benar memimpin. 5 tahun sangat singkat. Jgn persiakan harapan rakyat atau akan ada parti baru tertubuh. Hehehehee.. Jgn bagi rakyat hilang kepercayaan.

Buat yg tewas.. Dah tau kan? Anda sekarang cuma manusia biasa je skg... Tanpa kuasa. Dan tau kan? Kuasa rakyat lebih power dr kuasa korang tuuuu..

Tak sabar tunggu SPR umumkan.. Secara rasminya. Tahniah Malaysia.. Hebatkan kembali negaraku. 

6 ulasan:

  1. Tahniah Malaysia. Suara rakyat. Harapan rakyat.

    BalasPadam
  2. Ni pn 1st time sy mengundi. Sebelum ni tak patriotik huhu. Semoga kepimpinan Tun membawa Malaysia ke arah gelombang lebih positif, serta menjaga kebajikan masyarakat terutama Melayu.

    BalasPadam
  3. Moga Malaysia bertambah gah di mata dunia.

    BalasPadam
  4. Yeayyyy memang rasa berbaloi sangat mengundi tahun ni!

    BalasPadam
  5. BN ingatkan mrka x akan tumbang di Malaysia kerana memerintah sejak 1955 tp segalanya mungkin dgn kuasa rakyat. Allahuakbar!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.