Buka puasa di Cheese Banjir , Kuala Lumpur - BEN ASHAARI

Buka puasa di Cheese Banjir , Kuala Lumpur

Mencari kelainan ketika berbuka puasa ? Hurmm... Ada banyak restoran yang menawarkan kelainan dan antaranya Restoran Cheese Banjir yang terletak di Desa Pandan , Kuala Lumpur.  Dengan tema Buffet Ramadan Cheese Meletop , pastinya ianya menyajikan menu yang terbaik berasaskan keju. Fuh ! Meleleh... 

Yer , aku syorkan bawak kawan kawan atau keluarga berbuka di sini. Harga ? Nah... ada dalam poster di bawah ni.... Kalau nak diskaun , boleeh ! Ajak ramai ramai pastu hubungi nombor berikut untuk dapatkan diskaun. : 018.203.6070


Dengan harga RM59 untuk dewasa dan RM 39 untuk kanak kanak ,pelbagai menu bakal dihidangkan dan ianya bukan saja menyelerakan malah bakal membuatkan korang akan keluar dari situ dengan kepuasan dan mengenyangkan. Huhuhu.. Yer , aku dah rasa dan sangat berpuashati dengan menu menu yang disajikan ketika preview tempoh hari.

Antara yang bakal dihidangkan ialah nasi serta lauk pauk seperti Asam Pedas  Tetel , Kari Ayam , Ayam Goreng Berempah , Sotong Goreng Tepung , Udang Goreng Butter, Sambal 3 jenis , buah-buahan , mushroom sup , bubur kacang dan gandum.

Manakala menu untuk grill lak memang best ! Akan ada lamb grill , chicken grill , dory fillet , beef grill, spagetti bolognese yang bersalut keju , Meatza serta Cheese Fountain. Kuih muih serta kurma memang wajib ada  la. Amacam ?




Amacam ? Menarik kann ? Haaaa... Ni belum tengok kalau dia berasap. Adoiiii. Memang berasap tekak nak oiii ! Hahahaha.. Maka nasihat aku , sila booking awal awal yer. Jangan nak main terjah. Kang nyesal kang.. Haaaa.. 

Surau jangan risau. Di G Village , Desa Pandan memang menyediakan surau dan juga tandas yang selesa. Tempat parking pon banyak.  Untuk maklumat lanjut , korang boleh follow : 

Facebook : Cheese Banjir
Instagram :  Cheese Banjir
Waze : Cheese Banjir
No Tel : 018.203.6070
Alamat :  Lot G10, G-Village , Jalan 1/76 , Desa Pandan , Kuala Lumpur.

9 ulasan:

  1. omaiiii.. cheese tuuu menawan sgt kannn

    BalasPadam
  2. Wah, sangat menarik ni. Dekat dengan tempat kerja. 😀

    BalasPadam
  3. Taklah mahal sangat harga buffet. Memang menarik la.

    BalasPadam
  4. awat la terliur...worth it ni...

    BalasPadam
  5. ok yang ni buffe harga mampu milik :P

    BalasPadam
  6. sedp ni..terliur tengok meatzaa tu

    BalasPadam
  7. Wowwee.. cheese banjir gitu!

    BalasPadam
  8. Berpatutan harga bufet dia, sesuai dengan pilihan menunya.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.