Ciptalah memori seberapa banyak yang boleh...

Alhamdulillah... Cuti dah abis , masing masing dah mood baru. Begitu juga dengan Qhaliff dan juga aku. Cukup rehat dan segar ! Huhuhu.. Aku , mood menulis kembali dengan yakin ditambah lagi , bebas berbicara mengenai apa saja tetapi ada had ! Jangan ikut suka tekak dan sebarkan fitnah. Ingat juga dosa pahala dan juga undang undang. 

Cuti panjang kelmarin , aku sekeluarga abiskan masa di Cameron Highlands. Jujur aku cakap . aku tak suka ke sana terutamanya pada cuti hujung minggu. Kalau nak gi gak , pastikan awal pagi dah tiba sana kerana... semua tau sana memang sesak di hujung minggu. Untuk bergerak dekat pon hampir makan masa setengah jam atau lebih ! 

Tapi demi anak anak yang teingin nat petik strawberi , aku bawa juga. Diorang pon tengin nak rasa musim sejuk. Nak bawa ke Jepun atau ke negara setaraf dengannya , masih belum berkemampuan. Heheheh. Menyimpan untuk masa depan anak anak , diutamakan. Qhaliff lepas dah nak gi haji ! Hahahaha... 

Ternyata Cameron Highland makin popular dan menceriakan. Aku menginap di Avillion Cameron Highland. Best sangat situ ! Segala depan mata. Tak perlu berjalan jauh. Aku ni nasib baik lutut belum ok. Kalau tidakkkk... 



Best hotel ni ! Seronok sangat Qhaliff dan Zahra. Aariz lagi la bebas. Ke sana sini goyangkan kepala. Free sangat diorang ! Bilik dia sangat selesa. Sekarang tengah promos. Harga setengah dari harga asal. Berbaloi la. Kalau nak berpuasa sini pon best gak. Hahahaha... Yelah , nak merasa kelainan kan.  Nanti aku cerita pasal hotel ni jer yer. Skang tajuk lain. Hahaha..

Anak anak sedang membesar dengan pantasnya. Sekejap je masing masing dah boleh berlari. Aku rasa macam semalam je baru sambut mereka keluar dari rahim. Huhuhu... Dan dah pandai bergaduh sesama mereka. 

Di ketika ini , sangat best sebenarnya bawa mereka berjalan. Cuma kena banyak bersabar jer.. 





Walaupun tak dapat naik ke Brinchang , di Tanah Rata pon dah memadai. Tengok masing masing senyum , terpamer kegembiraan di wajah mereka.. dah cukup mengembirakan aku. Terlupa sejenak akan masalah masalah dunia yang ada di kepala. 

Aku sendiri pun dapat rehat. Tak perlu ke luar negara pon untuk merehatkan minda. 


Tak puas ke sini. InshaAllah akan kembali tapi pada hari biasa. Dan Avillion Cameron Highlands , akan jadi pilihan aku. 

Untuk tempahan , sila klik SINI

14 ulasan:

  1. Cameron best, sejuuuuuukkkkk....

    BalasPadam
  2. Bestnya... lpas ni nk try jglah hotel ni

    BalasPadam
  3. Setuju. . Kita lah yang kena cipta kenangan terindah tu
    Mmm.. Mcm nak cipta gak laaa kenangan kat Avillion tu. Menarik harga nya

    BalasPadam
  4. Bestnya kecik² dah merasa petik strawberry. Kemain muka happy. Bonding time dengan family.

    BalasPadam
  5. Best.. yang penting dapat tenangkan jiwa

    BalasPadam
  6. Gi sana cuaca nyaman jer kan... Hotel Avillion tu pun macam best, boleh try nanti.

    BalasPadam
  7. Waaa bestt nyaa...happy diorang petik strawberi...

    BalasPadam
  8. menarik hotel ni. Memang kena lah kalo nak realease tension kat sini.. Berbaloi sangat!!

    BalasPadam
  9. wah bestnya dapat bercuti.. tak sabar nak bercuti jugak ni.. nampak kawasan nya tenang jew..

    BalasPadam
  10. Baru nak belajar menulis ni. Hehe. Dulu pernah praktikum 4 bulan di sana, memang hujung minggu duduk dalam rumah saja, jalan sesak..

    BalasPadam
  11. bestnyaaaa , kena bercuti jgak ni .. :p

    BalasPadam
  12. Ramai kawan2 sy pun pergi bercuti ke Cameron baru-baru ni. Dorang pun kata memang penuh sesak dengan orang

    BalasPadam
  13. Saya pun suka sangat pi Cameron, balik hari pun tak kisah.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.