Hadiahkan produk Cosmoderm di Hari Guru dan Aidilfitri !

by - Sabtu, Mei 19, 2018

" Bang.. nak bagi apa kat cikgu Qhaliff nanti ? ". Tanya wife.

Buntu aku. Takkan nak bagi bunga ? Bukan boleh makan pon ! Bagi kek ? Kesian lak kat cikgu. Asyik makan , makan , makann jer ! Nanti berisi , payah nak kejar anak murid lak... kan ? Hahahaha.. Pening gak pikir. Nak kasi hadiah pon... kena la sama rata. Takkan nak kasi cikgu yang disayangi , hadiah best.. Aku tau la camana perasaan gitu ! Huhuh.. terasa aiii , ok ! 

Tiba-tiba teringat akan produk Cosmoderm yang aku beli baru baru ni secara online di web Cosmoderm. Terus aku cadangkan pada wife untuk hadiahkan saja produk tu mengikut jantina. Senang gitu kan ? Hehehehe.. Selesai masalah aku ! 


Aku pun 'keluarkan perintah' pada wife. Dan dia uruskan selebihnya.. dari part memilih hinggalah ke membalut ! Untuk cikgu lelaki, disyorkan bagi Tea Tree Shower Gel dan Deep Heat Lotion manakala cikgu perempuan kasi je produk cucian serta Vitamen E untuk hilangkan parut. 

Berbaloi beli borong ari tu...



Dan esoknya , Qhaliff ke tadika dengan hati yang girang. Huhuhuh.. Sian gak dia kalau gi ngan tangan kosong. Bagi aku, hadiah tu bermakna dah sebab boleh guna hari hari. Takda la terus simpan ke dalam almari atau dimasukkan ke dalam laci guru jer.. kan kan ? 

Dan Aidilfitri nanti pun aku cadang nak buat gitu jika aku berkunjung ke rumah sahabat handai atau saudara mara. Bagi hamper jer yang mengandungi produk produk Cosmoderm. Beli produk kegunaan harian seperti shower gel , pencuci muka , lotion dan banyak lagi pilihan ! 




Pun boleh juga belikan set set khas untuk yang baru melahirkan anak. 

Aku pernah buat cara gini tahun lepas dan mendapat sambutan. Rakan rakan yang datang ke rumah, lebih suka memilih produk dari mintak duit raya ! Hahahaha.. Ok la kan ? Sekurangnya diorang dah jimat banyak dan secara tidak langsung pon akan jadi pengguna tegar produk Cosmoderm seperti aku. 


Nah... kalau dapat tau kawan kita tu atau saudara kita tu nak gi umrah atau haji selepas Aidilfitri , kita boleh hadiahkan set yang mana bagus untuk mereka membuat persediaan di sana nanti. Takda la pening kepala nak mencari produk yang sesuai. Yang ni memang dah disyorkan dan ramai dah menggunakannya. Mereka berpuashati ! 

Sekarang ada diskaun dan jangan risau bab GST sebab produk Cosmoderm sebelum ni pon memang dah murah dah ! Memang orang tak percaya bila tengok harganya. Bagi yang dah jadi pengguna tetap, pastinya akan borong bila ada diskaun. Jimat banyak wooo ! 

Memandangkan Hari Guru dah lepas , dan Aidilfitri bakal menjelma... apa kata guna je cadangan aku tu... hehehe.. Beli sekarang di www.cosmoderm.com.my atau di farmasi farmasi terpilih. Tak perlu nak peningkan kepala dan jangan risau , produk Cosmoderm adalah Halal ! 




You May Also Like

10 comments

  1. Hati girang.. Pahala berpanjangan. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Nak hadiah jugak, kita peminat tegar cosmoderm tauuu, hahahaha

    BalasPadam
  3. Bagus juga idea ni. Bagi barang yang boleh digunakan dan ada manfaat. Boleh eiza guna cadangan ni untuk hari raya nanti. Thanks.

    BalasPadam
  4. Good idea...Lg bebaloi bg mcm ni...Blh support produk Buatan Malaysia sama..Bumiputera lg..

    BalasPadam
  5. bagus sgt ni..lain dri yg lain..dtg rumah kita pleasee..bgi hmper ni..hehe

    BalasPadam
  6. untung cikgu qhaff tahun ni dpt set cosmoderm

    BalasPadam
  7. Haaa bagus jugak idea ni, jimat dan berbaloi pada penerima.

    BalasPadam
  8. Idea menarik.. boleh cuba jugak ni sebab anak dara dekat rumah memang guna set cosmoderm.

    BalasPadam
  9. best yer cikgu Qhalif dapat hadiah cosmoderm. agak2 raya nanti nak raya rumah aben la, mana tau leh dapat produk cosmoderm gak ^_^

    BalasPadam